Search

Fakulti Sains Kesihatan

Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Kesihatan Persekitaran) #

RINGKASAN PROGRAM

Program Ijazah Sarjana Muda Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan dengan Kepujian di UKM adalah satu program holistik yang meliputi bidang Kesihatan Persekitaran serta bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Program pengajian ini mematuhi Akta Profesion Sains Kesihatan Bersekutu (2016). Bahagian Kesihatan Persekitaran dalam program pengajian ini merangkumi aspek kualiti persekitaran (udara, air, tanah, bunyi), kawalan penyakit berjangkit, keselamatan makanan dan penilaian risiko kesihatan persekitaran. Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam program pengajian ini pula merangkumi aspek pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja termasuk risiko kesihatan pekerjaan. Dengan mengikuti program pengajian ini, pelajar akan menguasai kemahiran yang diperlukan untuk mengurus dan meningkatkan tahap kesihatan dan keselamatan komuniti melalui peningkatan kualiti persekitaran dan tempat kerja yang selamat. Program ini mempunyai jaringan yang kuat dengan agensi kerajaan (cth: Kementeria Kesihatan Malaysia), organisasi luar (cth: Malaysian One Health University Network/MyOHUN, Malaysian Industrial Hygienist Association/MIHA) dan pihak industri. Pelajar dari program pengajian ini akan dilatih untuk bekerja sama ada di fasiliti kesihatan awam sebagai Pegawai Kesihatan Persekitaran atau di sektor industri sebagai Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan apa-apa jawatan lain yang berkaitan dengan bidang Kesihatan Persekitaran dan bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Cara Memohon

Permohonan untuk program pengajian sepenuh masa bagi calon STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma / Setaraf dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Iklan bagi semua saluran permohonan akan disiarkan dalam akhbar tempatan mulai Januari hingga April setiap tahun.

Borang permohonan untuk warganegara: http://upu.mohe.gov.my

Calon Bukan Warganegara yang berminat mengikuti program sepenuh masa di UKM perlu mengisi permohonan Melalui Aplikasi Dalam Talian UKM yang dibuka mulai Februari sehingga Mei setiap tahun.

Borang permohonan untuk bukan warganegara dan pelajar antarabangsa: klik di sini

Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

TEMPOH PENGAJIAN (SEMESTER)

PENDAFTARAN

AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

YURAN PENGAJIAN

SEMESTER PERTAMA

SEMESTER SETERUSNYA

JUMLAH YURAN

8

1,200

590

600

2,390

1,190

10,720

Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional untuk maklumat lanjut di:

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (PPPLP)
Aras 2, Bangunan Wawasan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8921 5331/ 5642/ 5329/ 5898/ 3995/ 4661/ 5642/ 5791
Faks: +603-8925 1391
E-mel: marketingpkp@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/ukmshape

Apa yang anda akan pelajari?

Semester 1

NNPD1013 Fisiologi Manusia
NNPD1032 Anatomi Manusia
NNNE1053 Mikrobiologi Persekitaran
NNNE1073 Biokimia Asas Dan Metabolisme
NNNE1092 Kimia Persekitaran Asas
LMCR1052 Pembangunan Diri I
LMCR***1 Kursus Citra Luar Fakulti

Semester II

NNPD1022 Sains Tingkahlaku
NNNE1242 Sains Persekitaran
NNNE1083 Prinsip Kesihatan Persekitaran
NNNE1222 Kimia Persekitaran Lanjutan
NNNE1122/ Fizik Persekitaran*/
NNNE1142/ Pencemaran Bunyi, Haba Dan Cahaya*/
NNNE1162 Pengurusan Dan Keselamatan Makmal*
LMCE1062 / Academic Interactions (MUET Band 3) /
LMCE1072 / Academic Literacy (MUET Band 4) /
LMCE1082 Page To Stage (MUET Band 5 & 6)
LMCR1062 Pembangunan Diri II
LMCW1022 Kursus Asas Keusahawanan dan Inovasi

Semester I

NNNE2074 Kesihatan Masyarakat Dan Epidemiologi
NNNE2093 Parasitologi Perubatan
NNNE2233 Toksikologi Asas
NNNE2072 Patologi Asas
NNNE2112 / Pendidikan Kesihatan Persekitaran*/
NNNE2132 Pencemaran Dan Kesihatan*
LMCW2173 Hubungan Etnik

Semester II

NNNE2024 Persampelan Dan Analisis Persekitaran
NNNE2483 Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan
NNNE2423 Kualiti Udara
NNNE2443 Entomologi Perubatan
NNNE2463 Kualiti Air
LMCE2082 / Pro Talk English (MUET Band 3) /
LMCE2092 / Speak To Persuade (MUET Band 4) /
LMCE2103 Advanced Communication Project (MUET Band 5 & 6)
LMCW2163 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
LMCW2022 Pengurusan dan Analitik Data

Semester I

NNPD3013 Biostatistik
NNNE3013 Penyakit Pekerjaan Dan Persekitaran
NNNE3014 Kualiti Dan Keselamatan Makanan
NNNE3232 Ergonomik
NNNE3213 Toksikologi Industri Dan Persekitaran
NNNE3112 / Penyakit Berjangkit Memuncul*/
NNNE3132 Pengurusan Persekitaran*
XXXX 2 Elektif Bebas*
LMCE3061 / Corporate Storytelling (MUET Band 3) /
LMCE3071 / Professional Communication (MUET Band 4) /

Semester II

NNPD3223 Kaedah Penyelidikan
NNNE3064 Penyelidikan Kesihatan Persekitaran I
NNNE3263 Higen Industri
NNNE3283 Perundangan Kesihatan Persekitaran Dan Prosedur Pendakwaan
NNNE3122/ Sistem Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan*/
NNNE3142/ Asas Ekonomi Persekitaran*/
NNNE3162 Perundangan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan*

Semester I

NNNE4034 Pengurusan Bahan Bermudarat Dan Sisa Pepejal
NNNE4054 Penyelidikan Kesihatan Persekitaran Ii
NNNE4073 Penilaian Risiko Kesihatan
NNNE4112 / Penilaian Kesan Alam Sekitar*/
NNNE4132 Ekotoksikologi*
NNNE4152 / Penulisan Akademik Kesihatan Persekitaran*/
NNNE4172 Komunikasi Saintifik Kesihatan Persekitaran*

Semester II

NNNE404C Latihan Industri

Kenali Fakulti

Pelajar akan berpeluang untuk berinteraksi dengan ahli fakulti yang terdiri daripada pelbagai bidang pengkhususan dan melibatkan diri dalam banyak aktiviti pembelajaran berbantukan rakan sebaya yang dimulakan secara sukarela atau diatur. Menariknya, fakulti juga secara aktif menghubungkan pelajar dengan pelajar, program dan profesional lain di peringkat antarabangsa, melalui program pertukaran dan projek yang bertujuan untuk menyantuni masyarakat setempat serta membentuk jaringan keserakanan yang berupaya memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar. Kampus ini terletak secara strategik di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang memberi peluang kepada pelajar untuk merasai kehidupan di ibu kota Malaysia. Pelbagai kemudahan termasuk perpustakaan, kafetaria dan ruang rehat pelajar disediakan untuk pelajar menjalani sesi pembelajaran, mengadakan sesi perbincangan dengan rakan sebaya atau berehat di antara waktu rehat kuliah. Tempat penginapan pelajar terletak berhampiran Taman Tasik Tititwangsa yang merupakan sebuah taman rekreasi bandar yang tersebar di kawasan seluas 95 hektar dengan tasik berkeluasan 57 hektar. Pelajar akan dapat berehat atau bersenam di taman jika mereka memerlukan suasana berbeza daripada kampus. Fakulti ini juga mempunyai hubungan erat dengan para alumni dan pihak berkepentingan industri untuk membantu membentuk pelajar menjadi profesional dalam bidang kerjaya mereka.

Maklumat Fakulti

Kampus : Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur
Fakulti : Fakulti Sains Kesihatan
Ijazah : Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Kesihatan Persekitaran) #
Tempoh : 4 Tahun

Hubungi :
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +603-9289 7038/7602
Faks: +603-2691 4304
Emel: muhamadizham@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/fsk

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8911 8173 / 8027 / 8456
Faks: +603- 8911 8471
Emel: akad@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Adakah Anda Sudah Bersedia?

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik