Search

Fakulti Sains Kesihatan

Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Bioperubatan) #

RINGKASAN PROGRAM

Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan dengan Kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan program ijazah empat (4) tahun. Sains Bioperubatan adalah bidang yang meneroka sains biologi manusia dan sains perubatan. Program ini ditubuhkan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja yang boleh berkhidmat dalam sektor berkaitan kesihatan. Graduan Sains Bioperubatan dilatih untuk berkhidmat di makmal diagnostik perubatan, sebagai penyelidik dalam bidang perubatan dan kesihatan serta sebagai pegawai dalam mana-mana sektor/industri yang berkaitan dengan kesihatan dan perubatan. Proses pembelajaran yang dijalankan memastikan graduan dapat berfungsi sebagai seorang anggota pasukan kesihatan yang beraspirasi untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti mengikut Akta Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia 2016. Graduan Sains Bioperubatan juga didedahkan dengan internet kebendaan (internet of things) yang mengapikasikan kemahiran komunikasi digital.

Cara Memohon

Permohonan untuk program pengajian sepenuh masa bagi calon STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma / Setaraf dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Iklan bagi semua saluran permohonan akan disiarkan dalam akhbar tempatan mulai Januari hingga April setiap tahun.

Borang permohonan untuk warganegara: http://upu.mohe.gov.my

Calon Bukan Warganegara yang berminat mengikuti program sepenuh masa di UKM perlu mengisi permohonan Melalui Aplikasi Dalam Talian UKM yang dibuka mulai Februari sehingga Mei setiap tahun.

Borang permohonan untuk bukan warganegara dan pelajar antarabangsa: klik di sini

Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

TEMPOH PENGAJIAN (SEMESTER)

PENDAFTARAN

AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

YURAN PENGAJIAN

SEMESTER PERTAMA

SEMESTER SETERUSNYA

JUMLAH YURAN

8

1,200

590

600

2,390

1,190

10,720

Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional untuk maklumat lanjut di:

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (PPPLP)
Aras 2, Bangunan Wawasan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8921 5331/ 5642/ 5329/ 5898/ 3995/ 4661/ 5642/ 5791
Faks: +603-8925 1391
E-mel: marketingpkp@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/ukmshape

Apa yang anda akan pelajari?

Semester I

NNNB1234 Anatomi Dan Fisiologi Kesihatan I
NNNB1254 Biokimia Asas Dan Metabolisme
LMCR1052 Pembangunan Diri I
LMCR***1 Kursus Citra Luar Fakulti

Semester II

NNNB1262 Histologi
NNNB1264 Biologi Molekul Asas
NNNB1284 Anatomi Dan Fisiologi Kesihatan II
NNPD1022 Sains Tingkahlaku
LMCE1062 Academic Interactions (MUET Band 3) 
LMCE1072 Academic Literacy (MUET Band 4) 
LMCE1082 Page To Stage (MUET Band 5 & 6)
LMCR1062 Pembangunan Diri II
LMCW1022 Kursus Asas Keusahawanan Dan Inovasi

Semester I

NNNB2034 Bakteriologi
NNNB2193 Parasitologi Perubatan
NNNB2234 Biokimia Klinikal
NNNB2254 Patologi Asas Dan Histopatologi
LMCW2173 Hubungan Etnik

Semester II

NNNB2243 Instrumentasi
NNNB2244 Patologi Sistem Dan Histopatologi
NNNB2264 Farmakologi Am
NNNB2423 Entomologi Perubatan
LMCE2082 Pro Talk English (MUET Band 3) 
LMCE2092 Speak To Persuade (MUET Band 4) 
LMCE2103 Advanced Communication Project (MUET Band 5 & 6)
LMCW2163 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
LMCW2022 Pengurusan dan Analitik Data

Semester III

NNNB2692 Komunikasi Saintifik Sains Bioperubatan
NNNB___2 Kursus Elektif

Semester I

NNNB3054 Imunologi
NNNB3074 Biostatistik
NNNB3253 Toksikologi
NNNB3254 Kepaniteraan Makmal Diagnostik I
NNNB3693 Hematologi
NNNB3172 Flebotomi
NNNB 2 Kursus Elektif

Semester II

NNNB3163 Patofisiologi
NNNB3243 Virologi Dan Mikologi
NNNB3262 Pengurusan Makmal Sains Bioperubatan
NNNB3442 Kesihatan Komuniti
NNNB3464 Kepaniteraan Makmal Diagnostik II
NNNB3684 Kaedah Penyelidikan
NNNB 2 Kursus Elektif

Semester III

NNNB3034 Latihan Industri Sains Bioperubatan

Semester I

NNNB4252 Kemahiran Pendiagnosan Sains Bioperubatan
NNNB4373 Sitologi Dan Sitogenetik
NNNB4833 Aplikasi Biologi Molekul
NNNB4853 Sains Transfusi
NNNB401C Penyelidikan Sains Bioperubatan
LMCE3061 Corporate Storytelling (MUET Band 3)
LMCE3071 Professional Communication (MUET Band 4)

Semester II

NNNB4442 Isu Semasa Sains Bioperubatan
NNNB4884 Kajian Kes
NNNB401C Penyelidikan Sains Bioperubatan
NNNB 2 Kursus Elektif

Kenali Fakulti

Pelajar akan berpeluang untuk berinteraksi dengan ahli fakulti yang terdiri daripada pelbagai bidang pengkhususan dan melibatkan diri dalam banyak aktiviti pembelajaran berbantukan rakan sebaya yang dimulakan secara sukarela atau diatur. Menariknya, fakulti juga secara aktif menghubungkan pelajar dengan pelajar, program dan profesional lain di peringkat antarabangsa, melalui program pertukaran dan projek yang bertujuan untuk menyantuni masyarakat setempat serta membentuk jaringan keserakanan yang berupaya memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar. Kampus ini terletak secara strategik di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang memberi peluang kepada pelajar untuk merasai kehidupan di ibu kota Malaysia. Pelbagai kemudahan termasuk perpustakaan, kafetaria dan ruang rehat pelajar disediakan untuk pelajar menjalani sesi pembelajaran, mengadakan sesi perbincangan dengan rakan sebaya atau berehat di antara waktu rehat kuliah. Tempat penginapan pelajar terletak berhampiran Taman Tasik Tititwangsa yang merupakan sebuah taman rekreasi bandar yang tersebar di kawasan seluas 95 hektar dengan tasik berkeluasan 57 hektar. Pelajar akan dapat berehat atau bersenam di taman jika mereka memerlukan suasana berbeza daripada kampus. Fakulti ini juga mempunyai hubungan erat dengan para alumni dan pihak berkepentingan industri untuk membantu membentuk pelajar menjadi profesional dalam bidang kerjaya mereka.

Maklumat Fakulti

Kampus : Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur
Fakulti : Fakulti Sains Kesihatan
Ijazah : Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Bioperubatan) #
Tempoh : 4 Tahun

Hubungi :
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +603-9289 7038/7602
Faks: +603-2691 4304
Emel: muhamadizham@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/fsk

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8911 8173 / 8027 / 8456
Faks: +603- 8911 8471
Emel: akad@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Adakah Anda Sudah Bersedia?

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik