Search

Fakulti Sains Kesihatan

Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Terapi Carakerja) #

RINGKASAN PROGRAM

Terapi carakerja adalah profesion kesihatan yang bermatlamat untuk meningkatkan, mengekalkan, dan mengembalikan keberdikarian dan produktiviti dalam pelbagai bidang aktiviti carakerja di kalangan individu yang terkesan akibat kurang upaya, kecederaan, penyakit kronik atau gangguan kognitif. Terapi carakerja melibatkan individu dalam konsep penjagaan diri, kerja/produktiviti, dan aktiviti bermain/senggang untuk menggalakan penyertaan dalam aktiviti harian yang bertujuan untuk mengembalikan semula peranan individu tersebut supaya kembali aktif dalam masyarakat. Pengajian bidang Terapi carakerja memberi tumpuan kepada pelbagai disiplin seperti kanak-kanak, warga emas, disfungsi psikososial, ortopedik, dan disfungsi fizikal dan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan sebagai Ahli Terapi Carakerja yang kompeten untuk membantu individu dan pesakit dari semua peringkat umur dan kondisi dalam mencapai kualiti hidup yang terbaik.

Cara Memohon

Permohonan untuk program pengajian sepenuh masa bagi calon STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma / Setaraf dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Iklan bagi semua saluran permohonan akan disiarkan dalam akhbar tempatan mulai Januari hingga April setiap tahun.

Borang permohonan untuk warganegara: http://upu.mohe.gov.my

Calon Bukan Warganegara yang berminat mengikuti program sepenuh masa di UKM perlu mengisi permohonan Melalui Aplikasi Dalam Talian UKM yang dibuka mulai Februari sehingga Mei setiap tahun.

Borang permohonan untuk bukan warganegara dan pelajar antarabangsa: klik di sini

Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

TEMPOH PENGAJIAN (SEMESTER)

PENDAFTARAN

AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

YURAN PENGAJIAN

SEMESTER PERTAMA

SEMESTER SETERUSNYA

JUMLAH YURAN

8

1,200

590

600

2,390

1,190

10,720

Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional untuk maklumat lanjut di:

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (PPPLP)
Aras 2, Bangunan Wawasan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8921 5331/ 5642/ 5329/ 5898/ 3995/ 4661/ 5642/ 5791
Faks: +603-8925 1391
E-mel: marketingpkp@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/ukmshape

Apa yang anda akan pelajari?

Semester I

NNPD1013 Fisiologi Manusia
NNPD1032 Anatomi Manusia
NNNK1033 Pengenalan Kepada Terapi Carakerja
LMCR1052 Pembangunan Diri I
LMCR***1 Kursus Citra Luar Fakulti

Semester II

NNPD1022 Sains Tingkahlaku
NNNK1023 Psikologi Perkembangan
NNNK1024 Teknologi Sokongan Dan Adaptif
NNNK1083 Anatomi Gunaan Dan Kinesiologi
NNBB1122/ Kesejahteraan Dan Pengurusan Gaya Hidup */
NNBB1042 Asas Inovasi Dalam Sains Kesihatan*
LMCE1062 / Academic Interactions (MUET Band 3) /
LMCE1072 / Academic Literacy (MUET Band 4) /
LMCE1082 Page To Stage (MUET Band 5 & 6)
LMCR1062 Pembangunan Diri II
LMCW1022 Asas Keusahawanan dan Inovasi

Semester I

NNNK2052 Neurosains
NNNK2053 Terapi Carakerja Disfungsi Fizikal
NNNK2072 Aktiviti Kehidupan Harian Asas
NNNK2074 Pediatrik Untuk Sains Rehabilitasi
NNNK2092 Latihan Klinikal I
NNBB2112 / Bahasa Isyarat* /
NNBB2132 Bahasa Mandarin Peringkat Asas*
LMCW2173 Hubungan Etnik

Semester II

NNNK2064 Neurologi Untuk Sains Rehabilitasi
NNNK2082 Aktiviti Kehidupan Harian Instrumental
NNNK2242 Isu-Isu Pembelajaran Kanak-Kanak Berkeperluan
Khas
NNNK2243 Latihan Klinikal II
NNBB2222 Rehabilitasi Dalam Komuniti
LMCE2082 / Pro Talk English (MUET Band 3) /
LMCE2092 / Speak To Persuade (MUET Band 4) /
LMCE2103 Advanced Communication Project (MUET Band 5 & 6)
LMCW2163 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
LMCW2022 Pengurusan & Analitik Data

Semester III

NNNK2112 Promosi Kesihatan*
NNBB2432 Projek Komuniti

Semester I

NNPD3013 Biostatistik
NNNK3012 Aktiviti Masa Lapang Dan Bermain
NNNK3213 Terapi Carakerja Disfungsi Psikososial
NNNK3253 Geriatrik
NNNK3254 Latihan Klinikal III
NNNK2222 Neuropsikologi Kognitif
NNBB3112 / Seksualiti Manusia* /
NNBB3132 Kepelbagaian Budaya*
NNBB3212 Kaunseling Untuk Sains Rehabilitasi
LMCE3061 / Corporate Storytelling (MUET Band 3) /
LMCE3071 / Professional Communication (MUET Band 4) /

Semester II

NNPD3223 Kaedah Penyelidikan
NNNK3022 Rekabentuk Sejagat
NNNK3042 Rehabilitasi Visual
NNNK3062 Integrasi Sensori Dalam Terapi Carakerja
NNNK3083 Rehabilitasi Vokasional
NNNK3122 Orientasi Dan Mobiliti*
NNNK3244 Latihan Klinikal IV

Semester III

NNNK3233 Latihan Industri

Semester I

NNNK4075 Latihan Klinikal V
NNNK4093 Projek Penyelidikan I
NNNK4112 Kemahiran Tulisan Tangan*
NNBB4212 Kesepakatan Dengan Keluarga Dalam Rehabilitasi

Semester II

NNNK4022 Isu Profesional Dan Pengurusan Kesihatan
NNNK4085 Kompetensi Klinikal
NNNK4225 Projek Penyelidikan II
NNBB2122 Penulisan Akademik*

Kenali Fakulti

Pelajar akan berpeluang untuk berinteraksi dengan ahli fakulti yang terdiri daripada pelbagai bidang pengkhususan dan melibatkan diri dalam banyak aktiviti pembelajaran bersama rakan sebaya yang dimulakan secara sukarela atau diatur. Menariknya, fakulti juga secara aktif menghubungkan pelajar dengan pelajar, program dan profesional lain di peringkat antarabangsa, melalui program pertukaran dan projek yang bertujuan untuk menyantuni masyarakat setempat serta membentuk jaringan keserakanan yang berupaya meingkatkan pengalaman pembelajaran pelajar. Kampus ini terletak secara strategik di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang memberi peluang kepada pelajar untuk merasai kehidupan di ibu kota Malaysia. Pelbagai kemudahan termasuk perpustakaan, kafetaria dan ruang rehat pelajar disediakan untuk pelajar menjalani sesi pembelajaran, mengadakan sesi perbincangan dengan rakan sebaya atau berehat di antara waktu rehat kuliah. Tempat penginapan pelajar terletak berhampiran Taman Tasik Tititwangsa yang merupakan sebuah taman rekreasi bandar yang tersebar di kawasan seluas 95 hektar dengan tasik berkeluasan 57 hektar. Pelajar akan dapat berehat atau bersenam di taman jika mereka memerlukan suasana berbeza daripada kampus. Fakulti ini juga mempunyai hubungan erat dengan para alumni dan pihak berkepentingan industri untuk membantu membentuk pelajar menjadi profesional dalam bidang kerjaya mereka.

Maklumat Fakulti

Kampus : Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur
Fakulti : Fakulti Sains Kesihatan
Ijazah : Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Terapi Carakerja) #
Tempoh : 4 Tahun

Hubungi :
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +603-9289 7038/7602
Faks: +603-2691 4304
Emel: muhamadizham@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/fsk

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8911 8173 / 8027 / 8456
Faks: +603- 8911 8471
Emel: akad@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Adakah Anda Sudah Bersedia?

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik