Search
Program Yang Ditawarkan

Program ini dijalankan secara penyelidikan penulisan tesis Bidang pengkhususan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

  • Syariah
  • Usuluddin dan Falsafah
  • Pengajian Arab dan Tamadun Islam
  • Pengajian Dakwah dan Kepimpinan
  • Pengajian al-Quran dan al-Sunnah

• Mod Pengajian: Penyelidikan
• Bentuk Pendaftaran: Sepenuh Masa. Pelajar boleh mohon untuk tukar ke bentuk pendaftaran separuh masa selepas semester pertama.

  • Syariah

• Mod Pengajian: Campuran (kerja kursus dan penyelidikan) dan Kerja Kursus (penawaran mod kerja kursus hanya pada semester 1 sahaja)
• Bentuk Pendaftaran: Sepenuh Masa. 

• Kuliah: Pada hari berkerja dan waktu pejabat

  • Usuluddin dan Falsafah

• Mod Pengajian: Campuran (kerja kursus dan penyelidikan) dan Kerja Kursus (penawaran mod kerja kursus hanya pada semester 1 sahaja)
• Bentuk Pendaftaran: Sepenuh Masa. 

• Kuliah: Pada hari berkerja dan waktu pejabat

  • Pengajian Arab dan Tamadun Islam

• Mod Pengajian: Campuran (kerja kursus dan penyelidikan) dan Kerja Kursus (penawaran mod kerja kursus hanya pada semester 1 sahaja)
• Bentuk Pendaftaran: Sepenuh Masa. 

• Kuliah: Pada hari berkerja dan waktu pejabat

  • Pengajian Dakwah dan Kepimpinan

• Mod Pengajian: Campuran (kerja kursus dan penyelidikan) dan Kerja Kursus (penawaran mod kerja kursus hanya pada semester 1 sahaja)
• Bentuk Pendaftaran: Sepenuh Masa. 

• Kuliah: Pada hari berkerja dan waktu pejabat

  • Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah

• Mod Pengajian: Campuran (kerja kursus dan penyelidikan) dan Kerja Kursus (penawaran mod kerja kursus hanya pada semester 1 sahaja)
• Bentuk Pendaftaran: Sepenuh Masa. 

• Kuliah: Pada hari berkerja dan waktu pejabat

PROGRAM PENGAJIAN ISLAM

Fakulti Pengajian Islam

RINGKASAN  PROGRAM

Pengajian di peringkat Sarjana Falsafah Pengajian Islam menawar lima (5) pengkhususan yang dibuka kepada penawaran iaitu: Syariah, Usuluddin dan Falsafah, Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, dan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah. Kelima-lima pengkhususan tersebut merupakan lima (5) bidang teras yang menjadi asas dalam kajian isu-isu Islam kontemporari. Semua program yang ditawarkan telah mendapat pengiktirafan oleh pihak MQA. Mod Pengajian yang berkaitan adalah secara Penyelidikan, dan secara Campuran (Kerja Kursus dan Penyelidikan).

KEHIDUPAN DI FAKULTI

Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan fakulti pertama menyambut kedatangan semua pelajar ke UKM ke kawasan kampus utama di Bangi. Terletak berhadapan dengan Masjid UKM serta dikelilingi kehijauan alam semula jadi menjadikan suasana pengajian di fakulti yang menenangkan. Fakulti juga menyediakan kemudahan tambahan yang disediakan oleh Universiti seperti Bilik Sumber dan dokumentasi Datin Andek Masnah, Bilik Karel/ Bilik Perbincangan Siswazah, Bilik Persatuan, Makmal Komputer, Makmal Audio Visual dan sebagainya yg boleh digunakan oleh pelajar siswazah. Para pelajar juga akan dibimbing oleh penyelia yang berpengalaman untuk merancang dan menentukan halatuju penyelidikan serta bagi penghasilan penerbitan berimpak sepanjang pengajian mereka. Selain itu Persatuan Pelajar Siswazah Fakulti juga turut menganjurkan program-program akademik dan lawatan ilmiah yang dapat membantu kematangan penyelidikan pelajar.

Fakulti Pengajian Islam menyediakan peluang penyelidikan dan akses kepada sarjana terkenal Universiti. Di kampus yang indah ini, pelajar dapat bekerjasama rapat dengan pensyarah dan penyelidik yang sentiasa bersedia untuk membimbing dan membantu dalam mewujudkan rangkaian pembelajaran di kampus.

Syarat Kemasukan

Seseorang yang ingin memohon untuk mengikuti program sarjana hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/ atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara atau institusi yang mempunyai akreditasi seperti mana yang ditetapkan oleh sesuatu program; atau
  1. Ijazah Doktor Perubatan atau Doktor Pergigian dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi atau ijazah yang setaraf dengannya dari mana-mana institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat; atau
  1. kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (APPT); atau memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan); dan memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

KEPERLUAN PROFISIENSI BAHASA INGGERIS

1. Calon antarabangsa dikehendaki memenuhi syarat penguasaan Bahasa Inggeris seperti berikut:

a) Mendapat keputusan TOEFL (550), IELTS (6) atau MUET (4) yang memenuhi skor atau keperluan band minimum yang ditetapkan oleh program; atau

b) Untuk program tertentu, calon dikehendaki menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika dia gagal mencapai tahap yang ditentukan oleh program, calon diwajibkan mengikuti dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM) dalam jangka waktu maksimum dua (2) semester sebelum dia dibenarkan mendaftar program pengajian. Calon hendaklah mendaftar sebagai Pelajar Bukan Siswazah .

2. Fakulti / Institut boleh memberikan pengecualian kepada syarat-syarat yang ditentukan dalam subperaturan (1) untuk calon antarabangsa yang:

a) akan menulis tesis / disertasi dalam bahasa Melayu / Arab;

b) mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana universiti tempatan yang diiktiraf oleh Senat; atau

c) berasal dari negara di mana bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi atau calon mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Calon boleh dikecualikan dari syarat-syarat yang dinyatakan dalam subperaturan (2), tetapi calon harus menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika calon gagal memperoleh tahap yang ditentukan oleh program, calon diminta untuk menghadiri dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM).

Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

Sila hubungi Pusat Pengurusan Akademik UKM untuk maklumat lanjut:

Tel: +603 8911 8173/ 8027/ 8456
Fax: +603 89118471
Emel: admission_ppa@ukm.edu.my

Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional (UKMShape) untuk maklumat lanjut:

Tel: +603-8921 3366 / 4196 / 3997 /5377
Faks: +603-8925 1391
Emel: accpkp@ukm.edu.my

Kenapa Memilih Program Ini?
  • Temui potensi penuh anda sebagai penyelidik yang berdikari melalui kerjasama yang rapat dengan ahli fakulti kami yang berpengalaman dan bersedia untuk menyelia sepanjang pengajian anda.
  • Mengambil bahagian dalam pelbagai projek yang berasaskan penyelidikan makmal atau kerja lapangan (hospital atau komuniti). Ini dapat membantu untuk mengembangkan minat yang mendalam terhadap bidang penyelidikan anda.
  • Graduan kami mempunyai pengetahuan dan kemahiran penyelidikan yang diperlukan untuk memupuk perkembangan kerjaya dalam bidang akademik atau sains farmasi asas / gunaan yang memerlukan saintis yang berkepakaran profesional dalam penyelidikan dan pembangunan.
  • Peluang untuk menyertai persatuan siswazah dengan manfaat seperti memperluaskan jaringan, perkembangan kerjaya, dan pelbagai peluang pembelajaran.
Cara Memohon
  1. Calon perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui: http://www.ukm.my/join/
  2. Pengambilan untuk mod kerja kursus dan mod campuran dibuka dua kali setahun, iaitu setiap Oktober hingga November (untuk pengambilan Februari berikutnya) dan setiap April hingga Mei (untuk pengambilan bulan September).
  3. Permohonan untuk program mod penyelidikan boleh dibuat bila-bila masa sepanjang tahun.
  4. Tempoh untuk program Sarjana memerlukan 2 hingga 4 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 4 hingga 8 semester untuk pengajian secara sambilan dan untuk program Doktor Falsafah adalah 6 hingga 12 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 8 hingga 14 semester untuk pengajian secara sambilan.
Maklumat Fakulti

Kampus: Bangi, Selangor
Fakulti: Fakulti Pengajian Islam
Ijazah: Sarjana Pengajian Islam

Tempoh:

  1. Program Penyelidikan & Mod Campuran – Sepenuh Masa (Min 6 Semester) / Separuh Masa (Min 8 Semester)

Hubungi
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia

Tel:+603-8921 3507/ 3519
Faks:+603-8925 3902
Emel: upps.fpi@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/fpi

Hubungi

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603 89118468 / 8389
Faks: +603 89118471 
Emel: admission_ppa@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Adakah Anda Sudah Bersedia?

YuranSetahunDua Tahun (Indonesian Sahaja) 
Yuran Pemprosesan1,000.001,140.00
Pas Pelajar60.00120.00
Yuran Visa (mengikut negara – tidak melebihi RM 50)50.00 (max)30.00
Ikad50.00100.00
eVAL150.00150.00
Cukai Perkhidmatan (6%)78.6077.40
Insurans EMGS400.00400.00
Jumlah:1788.602017.40

Ringgit Malaysia (RM) Sahaja

Personal Bond    
RM 2000
CanadaBurkina Faso BurundiDemocraticGuinea-Bissau GhanaNigeria Rwanda Western Sahara
USACameroonCongoLiberiaDjibouti
ColombiaCentral African RepublicCote D’IvoireMaliEquatorial Guinea Ethiopia
AngolaRepublic Congo RepublicEritreaMozambique 
RM 1500
Saudi ArabiaBritish C.IEuropePortugal C.IVietnam
AfricaBruneiIranTaiwan 
AustraliaChinaIraqTunisia 
RM 1000
JapanSouth KoreaMacaoHong Kong 
RM 750
BangladeshPhillipinesIndiaMyanmarNepal
PakistanSri Lanka   
RM 500
Indonesia    
RM 300
Thailand    
RM 200
Singapore    
RM 1500
Yuran untuk negara lain

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik