Prasiswazah FST

FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI

Prasiswazah

Teknologi Kimia

Teknologi Kimia adalah suatu bidang ilmu yang menumpukan kepada pemprosesan bahan, polimer dan produk melibatkan sains kimia, kaedah dan peralatan. Program Teknologi Kimia ditawarkan oleh UKM bagi memenuhi permintaan tenaga mahir yang semakin bertambah dalam sektor awam dan juga swasta. Program ini menggabungkan Sains Kimia, Kejuruteraan Kimia serta bidang lain berkaitan, terutamanya Teknologi Maklumat dan Pengurusan Perniagaan. Ini membolehkan graduan memahami ilmu secara menyeluruh, dengan penghayatan yang tinggi terhadap teknologi serta aplikasinya yang akan menyumbang kepada kemajuan sektor perindustrian negara tanpa mengetepikan pengurusan alam sekitar yang lestari.

Kursus Major

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4
(Latihan Industri)

Peluang Pekerjaan

Pensyarah

Prof. ChM. Dr. Ishak Bin Ahmad

Polimer campuran dan komposit, Polimer komposit biodegradasi, Pengitaran semula PET, Bahan nanoselulosa dan nanokomposit, Pemprosesan dan pencirian heterogen polimer sistem
(gading@ukm.edu.my)

Prof. Dr. Rusli Bin Daik


Polimer Sintesis





(rusli@ukm.edu.my)

Prof. Dr. Azizan Bin Ahmad

Pencirian dan pengubahsuaian polimer, Polimer adunan, Polimer komposit, Polimer elektrolit


(azizan@ukm.edu.my)

Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Rizafizah Binti Othaman

Penapisan Membran, Penjerap hijau, Rawatan air kumbahan, Penangkapan Co2, Rawatan terma, Pengekstrakan dan pengubahsuaian selulosa, STEM, Pendidikan dan literasi sains (rizafizah@ukm.edu.my)

Prof. Madya Dr. Sharina Binti Abu Hanifah


Polimer berfungsian, Polimer terawat UV, Sensor kimia dan biosensor, Elektroanalisis ,



(sharina@ukm.edu.my)

Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Bin Md. Jamil


Polimer adunan, Polimer komposit, Polimer pintar, Polimer swapemulihan, Hidrogel



(suzeren@ukm.edu.my)

Dr. Azizah Binti Baharum @ Abdul Aziz

Pengadukan dan pencampuran biopolimer dan getah asli, Komposit gentian kayu dan semula jadi, Pemprosesan dan pengujian polimer
(azeiss@ukm.edu.my)

Dr. Farah Hannan Binti Anuar

Sintesis polimer, Kopolimer asid polilaktik, Polimer biodegradasi, Polimer elektrolit, Polimer dalam komestik

(farahhannan@ukm.edu.my)

Dr. Lee Tian Khoon


Bateri sekunder (Li & Na), Elektrolit polimer nanokomposit, DSSC, Sintesis & pengubahsuaian polimer, Bahan-bio

(tiankhoon@ukm.edu.my)

Syarat Kemasukan

Keperluan am:

  1. Mencapai 12 tahun pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah; dan
  2. Menamatkan Sekolah Menengah (cth. Sijil Menengah Tinggi, Sijil Tamat Pengajian Menengah Kanan, Tawjihiyah, Ijazah Sekolah Menengah Atas, Diploma Sekolah Menengah); dan
  3. Memenuhi syarat minimum Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh fakulti; dan
  4. Lulus temu duga UKM (jika diperlukan) ; dan
  5. Memenuhi keperluan khusus fakulti;

Keperluan program khusus:

Borang dan Pekeliling
Kalendar Akademik