Iklan Jawatan Kosong (Pelantikan dan Kenaikan Pangkat – Mac 2019) di Universiti Kebangsaan Malaysia(Kampus Kuala Lumpur)

Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar (Kampus Kuala Lumpur) ingin mempelawa kakitangan atau warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited serta berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan dan kenaikan pangkat di Universiti Kebangsaan Malaysia(Kampus Kuala Lumpur) seperti di berikut:

Lantikan :

  1. PEGAWAI FARMASI GRED UF41
  2. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (WANITA) GRED S29 (KONTRAK)

Kenaikan Pangkat :

  1. PEGAWAI KEWANGAN GRED W54
  2. JURURAWAT GRED U44
  3. JURURAWAT GRED U42
  4. PEMBANTU TADBIR GRED N22
  5. PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP22

Cara memohon:

  • Permohonan bagi jawatan lantikan baru adalah melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu
    https://smk.ukm.my/sppj/mukadepan.cfm .
  • Bagi Jawatan Kenaikan Pangkat pemohon dikehendaki mengisi Borang Laporan Penilaian Kenaikan Pangkat
    mengikut gred yang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi, Jabatan Pendaftar UKM iaitu
    http://www.ukm.my/pendaftar/borangjp/.
  • Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
  • Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  • Borang Laporan Penilaian Kenaikan Pangkat yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar (Kampus Kuala Lumpur)
d/a Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Tingkat 1, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur

Tarikh Buka Iklan : 5 Mac 2019 (Selasa)
Tarikh Tutup Iklan : 18 Mac 2019 (Isnin)