𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍𝐀 𝐔𝐊𝐌 (𝐉𝐏𝐏) 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐒𝐈𝐀𝐑𝐀𝐘𝐀 & 𝐒𝐏𝐄𝐀𝐊𝐄𝐑 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐔𝐊𝐌

11 November 2022 – Alhamdulillah perbincangan berjalan lancar dan mencapai kata sepakat. Terima kasih diucapkan kepada JPP UKM diatas saranan & nasihat yang diberikan.
JPP UKM dengan Pusat Islam UKM telah membuat keputusan untuk menaik taraf keseluruhan sistem siaraya masjid untuk masa yang akan datang. Pusat Islam juga ambil maklum berkenaan aduan-aduan daripada warga UKM berkenaan masalah sistem siaraya & speaker yang sudah lama dan tidak berfungsi dengan baik.
Justeru Pusat Islam mempelawa para dermawan yang ingin menginfaqkan harta bagi menaik taraf sistem siaraya masjid UKM.

Sumbangan/ infaq boleh di salurkan melalui cara dibawah:
– Kaunter Pusat Islam ☑️
– Transfer Online : CIMB (98945110502000)☑️
– Give2UKM ☑️