Pusat Islam

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Dana Penyelidikan Ilmu-Ilmu Islam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan Warga UKM,

PELAWAAN GERAN PENYELIDIKAN DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN ILMU-ILMU ISLAM PUSAT ISLAM UKM

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia telah membuka permohonan geran penyelidikan di bawah Dana Penyelidikan Ilmu-ilmu Islam. Maklumat lanjut mengenai dana ini boleh dirujuk dalam Garis Panduan Dana Penyelidikan Ilmu-ilmu Islam. Borang Permohonan juga disediakan untuk tindakan selanjutnya.

Penyelidik yang berminat, perlu melengkapkan borang permohonan dan mengemukakan borang tersebutselewat-lewatnya pada 15 Oktober 2021 (Jumaat) melalui emel kepada tpghpusatislam@ukm.edu.my dan disalinkan kepada serifariha@ukm.edu.my.

Justeru,  YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/ Dr./tuan/puan dialu-alukan untuk menghantar permohonan.

Sekian & Salam hormat.


Klik pautan untuk Garis Panduan & Borang Permohonan Dana Penyelidikan Ilmu-Ilmu Islam

Garis Panduan – Dana Penyelidikan Ilmu-Ilmu Islam

Borang Permohonan – Dana Penyelidikan Ilmu-Ilmu Islam