Bersihkan Harta Anda dengan :
INFAQ DANA PENAIKTARAFAN MASJID DAN KOS PENYELANGGARAAN
Pusat Islam UKM mempelawa para jemaah dermawan untuk menyumbang atau
berinfaq bagi pembangunan Masjid UKM baharu yang lengkap dengan pelbagai
kemudahan pengajaran dan pembelajaran serta lain-lain kemudahan yang berkualiti
dan mesra jemaah. Melalui pelan transformasi Pusat Islam 2023 -2026 Masjid UKM
akan dilengkapi dengan fasiliti Akademi Islam di aras 3, kemudahan lif, bilik seminar,
bilik persandingan, gerai jualan, ruang rehat dan membaca, kaunter Pendanaan Islam dan
ruang yang kondusif.
Ayuh sama-sama kita menjayakan Pelan Trasnformasi Pusat Islam 2023 -2026 ini.
Objektif:
- Dana ini akan digunakan sepenuhnya untuk menaiktaraf Masjid UKM.
- Memaksimumkan ruang Masjid UKM dengan pelbagai aktiviti pengimarahan berteraskan akademik, kebajikan, kemasyarakatan dan ibadah yang mesra kepada semua lapisan Warga UKM dan setempat.
- Memberikan fasiliti kondusif dengan kemudahan yang lebih berkualiti, moden dan selesa.
Merangkumi aras 1,2 dan 3
PERANCANGAN RUANG DALAMAN MASJID
Insya Allah dengan dana infaq yang diberikan oleh para dermawan pihak pusat Islam akan merealisasikan projek penaiktarafan daripada wujud gambar kepada ruang fizikal yang serba moden, canggih, berkualiti tinggi dan selesa bagi kegunaan warga UKM, setempat dan sewaan.
Landskap moden dan selamat
PERANCANGAN LANDSKAP
Landskap Masjid UKM juga akan dinaiktaraf bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada jemaah serta tempat berehat atau beriadah bersama keluarga. Pelbagai aktiviti yang boleh dirancang dan dijalankan oleh Masjid UKM agar Masjid ini diimarahkan maksimum mungkin.
Ruang bakal dibina dan naik taraf
PERANCANGAN RUANG SOLAT, CAFE DAN PERPUSTAKAAN
Penaiktarafan ruang solat utama dan mewujudkan ruang baharu seperti cafe dan perpustakaan
Sumbang @ Infaq
Pusat Islam menawarkan 3 cara untuk menyumbang/ infaq :
Bayaran Pindahan Atas Talian (Online Transfer)
- Nak Tranfers
- RM10 lah
- Hari ni heheh