Pusat Islam

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman menghadiri program UKM Berqasidah: Malam Cinta Allah & Rasul UKM yang berlangsung di Masjid Universiti, semalam. Program dimulakan dengan solat maghrib secara berjemaah sebelum diteruskan dengan bacaan Selawat & Qasidah yang dipimpin oleh kumpulan Nasyid UNIC. Turut hadir adalah Prof. Dr. Mohammad Kassim, Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa; Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin, TNC Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat; Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil, TNC Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni; Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani, Hal-Ehwal Penyelidikan dan Inovasi; Prof. Dr. Norhamidi Muhamad, Pro Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana) dan Pendaftar UKM, Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla. #SesiAkademik20232024 #MingguApresiasiWatan #MAW #UniversitiWatanKita #UKM #UKMSharing

 03/10/2023 |   Media UKM