Penterjemah Google

[google-translator]

Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Pusat Islam

PROGRAM FOOD BANK PUSAT ISLAM UKM

Tarikh: 31/07/2021 |  Foto oleh:  |  Kembali ke Indeks

Program Food Bank Pusat Islam UKM telah berjaya disempurnakan bagi menghulurkan sedikit keringanan kepada golongan yang terjejas akibat Covid-19. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak yang bertungkus lumus menjayakannya... Kakitangan Pusat Islam UKM, Pusat Transformasi Uctc Ukm, SUKMANITA UKM & Prof. Dato' Noor Aziah Mohd Awal (Pengerusi Biro Kebajikan & Pelajaran Sukmanita UKM), Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi dan mereka secara tidak langsung banyak membantu. Terima kasih juga kepada Prof Dato' Dr Imran Ho Abdullah, TNC UKM yang sudi melancarkan dan merasmikan program ini serta memberikan kata semangat kepada para petugas serta ingatan supaya berhati-hati ketika melaksanakan tugasan. Alhamdulillah urusetia telah berjaya menyampaikan sumbangan ke beberapa tempat di Bandar Baru Bangi secara individu dan melalui kerjasama Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi. Moga segala usaha ini diberkati dan dirahmati Allah swt.