AMALAN RASULULLAH S.A.W DI BULAN MUHARRAM ๐ŸŒ™

Antara amalan sunat yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam bulan Muharram adalah berpuasa pada 10 Muharram atau lebih dikenali dengan puasa Asyura’. Ini berdasarkan hadis daripada Ibn Abbas RA:

[ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุตูŽุงู…ูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุนูŽุงุดููˆุฑูŽุงุกูŽุŒ ูˆูŽุฃูŽู…ูŽุฑูŽ ุจูุตููŠูŽุงู…ูู‡ู]

Maksudnya: “Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyuraโ€™ dan Baginda menyuruh puasa pada hari tersebut.”

โœจ Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Antara kelebihan berpuasa di hari asyura’ ialah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya sepertimana yang disebut dalam hadis riwayat Abu Qatadah RA:

[ูŠููƒูŽูู‘ูุฑู ุงู„ุณู‘ูŽู†ูŽุฉูŽ ุงู„ู’ู…ูŽุงุถููŠูŽุฉูŽ]

Maksudnya: โ€œIa menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu.โ€

โœจ Hadis Riwayat Muslim

Akan tetapi pada hari tersebut, orang-orang yahudi juga berpuasa kerana Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Musa AS dan Bani Israil daripada musuh mereka. Lalu Nabi SAW memerintahkan umat Islam agar melaksanakan puasa Tasu’a’ yang bermaksud hari yang ke 9 Muharram. Hal ini dirakamkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas RA, sabda Rasulullah SAW:

[ู„ูŽุฆูู†ู’ ุจูŽู‚ููŠุชู ุฅูู„ูŽู‰ ู‚ูŽุงุจูู„ู ู„ุฃูŽุตููˆู…ูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ุชู‘ูŽุงุณูุนูŽ]

Maksudnya: “Jika aku masih hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari yang kesembilan Muharram.”

โœจ Hadis Riwayat Muslim

Daripada hadis di atas, ulama menyimpulkan bahawa sunat berpuasa pada hari yang ke 9 dan 11 Muharram bertujuan mengelakkan persamaan ibadah dengan agama lain ๐Ÿ’•

Pun begitu terdapat 3 lagi puasa sunat yang boleh diamalkan setiap bulan termasuklah bulan Muharram ini iaitu puasa Hari Putih. Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Dzar RA:

ุฅูุฐูŽุง ุตูู…ู’ุชูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุดู‘ูŽู‡ู’ุฑู ุซูŽู„ุงูŽุซุงู‹ุŒ ููŽุตูู…ู’ ุซูŽู„ุงูŽุซูŽ ุนูŽุดู’ุฑูŽุฉูŽุŒ ูˆูŽุฃูŽุฑู’ุจูŽุนูŽ ุนูŽุดู’ุฑูŽุฉูŽุŒ ูˆูŽุฎูŽู…ู’ุณูŽ ุนูŽุดู’ุฑูŽุฉูŽ

Maksudnya: “Sekiranya engkau berpuasa tiga hari dalam sebulan, puasalah pada 13, 14, dan 15 haribulan.”

โœจ Hadis Riwayat at-Tirmizi

Kesimpulannya terdapat 6 hari puasa bulan Muharram yang boleh kita amalkan di bulan yang mulia ini. Semoga amalan kita diterima Allah SWT dan mendapat keberkatan dari-Nya ๐Ÿคฒ

#PerkongsianAwalMuharram
#MuharramBulanMulia
#PusatIslamUKM