BANTUAN PERSEDIAAN PENGAJIAN TINGGI 2022

 Assalamualaikum wrt wbt,

Dimaklumkan Zakat Universiti mempelawa kepada semua warga kakitangan UKM yang berkelayakan untuk memohon Bantuan Zakat Persediaan Pengajian Tinggi 2022 bagi Anak-Anak Kakitangan UKM yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi di peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma/ Asasi/ Matrikulasi/ Sijil. Permohonan perlu dibuat melalui atas talian, tekan URL dibawah : https://zakat.ukm.my/

1. Syarat Permohonan: -Warga Kakitangan UKM -Beragama Islam -Tergolong dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Fisabilillah -Anak yang akan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma/ Asasi/ Matrikulasi/ Sijil -Bagi kemasukan Semester 1 Tahun 1 pengajian

2. Dokumen yang perlu dimuatnaik: -Pendapatan Pemohon dan Pasangan Sebulan (Penyata Gaji/ Penyata Pencen/ Surat Pengesahan Pendapatan Bekerja Sendiri / Tidak Bekerja – Suri Rumah) -Kad Pengenalan/ Sijil Lahir Tanggungan -Sijil Kematian (Jika berkenaan) -Sijil Cerai (Jika Berkenaan) -Surat Pengambilan Anak Angkat (Jika Berkenaan) -Surat Tawaran Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi

3. Kadar Bantuan (sekali sahaja): -Ijazah Sarjana Muda – RM 1,000.00 -Diploma/ Asasi/ Matrikulasi – RM 700.00 -Sijil – RM 500.00

*Diruangan maklumat tanggungan, sila isi semua tanggungan termasuk pasangan.

Tarikh Permohonan: 12 Julai hingga 15 Oktober 2022 Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian : 03-8921 4225 (Bangi) atau emel ke : infozakat@ukm.edu.my

Tabung Amanah Zakat UKM