PROGRAM AGIHAN DAGING KORBAN PUSAT ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 2021

Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) akan melaksanakan Program Agihan Daging Korban bersempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 2021 kepada warga UKM bermula 2 – 5 Ogos 2021.

Pengagihan daging korban ini akan dilaksanakan di perkarangan Masjid Universiti UKM “secara pandu lalu” berdasarkan jadual yang akan dimaklumkan melalui emel kepada penerima.

Justeru Pusat Islam mempelawa warga Universiti untuk membuat “pendaftaran di e-borang” yang disediakan (secara Imbasan QR kod) untuk menerima agihan daging korban ini. Warga UKM turut diingatkan untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 sepanjang program tersebut berlangsung.
—————————————————————————————————————————————–
🔊 Warga UKM atau orang awam juga dipelawa untuk membuat sumbangan dalam menjayakan program-program yang dianjurkan oleh Masjid UKM di sepanjang tahun. 🤲

Sumbangan boleh dibuat melalui :
– Kaunter Pusat Islam ☑️
– Transfer Online : CIMB (98945110502000)☑️
– Give2UKM ☑️