PROGRAM PENGAGIHAN DAGING KORBAN SEJUK BEKU 2022 (YBIM)

Alhamdulillah, Yayasan Budi Ihsan Malaysia telah memilih UKM sebagai salah satu IPT yang menerima agihan daging korban sebanyak 200 kg – 240 kg. Agihan ini diamanahkan kepada Pusat Islam UKM sebagai urusetia untuk mengagihkan daging korban kepada warga Universiti. Pihak Pusat Islam telah menerima daging korban tersebut pada 21 Julai 2022 pukul 2:30 petang dan telah mengagihkannya selepas waktu asar 21 julai 2022.