SELAMAT MEMPERINGATI PERISTIWA AGUNG ISRAK MIKRAJ 1444H/ 2023

27 Rejab 1444H bersamaan 18 Februari 2023
Pusat Islam Universiti mengucapkan Salam Israk Mikraj kepada seluruh Umat Islam umumnya dan warga UKM khususnya. Rebutlah peluang sebaik-baiknya di Bulan Rejab ini dengan memperbanyakkan ibadah dan amalan soleh.
Abu Bakar al-Warraq al-Balkhi berkata: “Rejab adalah bulan untuk menyemai tanaman, Syaaban adalah untuk menyuburkan tanaman dengan siraman dan Ramadhan adalah bulan untuk memungut hasil yang diusahakan”.
Imam al-Tabrani dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW apabila tibanya bulan Rejab Baginda berdoa: “Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban dan temukanlah kami dengan Ramadhan”.🤲🤲🤲
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al Aqsa, yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan & kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Al-Israa : Ayat 1)
Ikhlas daripada Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia🥰❤️