SELAMAT MEMPERINGATI PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ – 08 FEBRUARI 2024/ 1445 H

Assalamualaikum wbt,
Selamat Memperingati Peristiwa Agung Israk Mikraj 1445 Hijrah Ikhlas daripada Seluruh Warga Kerja Pusat Islam.
Al-Isra’ bermaksud : Nabi Muhammad SAW diperjalankan oleh Allah SWT pada sebahagian waktu malam dari Makkah Al-Mukarramah ke Baitul Maqdis di Palestin . Allah SWT berfirman dalam surah al-Isra’, ayat 1:
Maksudnya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.
Manakala Al-Mi’raj pula bermaksud : Baginda Nabi SAW dibawa naik ke langit, seterusnya ke Sidratul Muntaha bagi menerima kewajipan solat lima waktu daripada Allah SWT.
Sabda Nabi SAW :
Maksudnya: “Kemudian telah dimi’rajkan (naik) kami ke langit “.
(Hadis Riwayat Muslim)
3 pengajaran melalui peristiwa Isra’ Mi’raj ini, dipertunjukkan pelbagai keadaan manusia untuk dijadikan iktibar, antaranya :
Pertama: Baginda SAW menyaksikan bagaimana seseorang hidup dengan penuh kemakmuran dan mendapat hasil yang melimpah ruah tanpa terhenti. Ia adalah gambaran mereka yang memberikan sedekah kepada yang berhajat .
Kedua: Diperlihatkan golongan yang memukul kepalanya sendiri hingga berdarah dan pecah, kemudiannya diulang kembali keadaannya untuk diperlakukan sebagaimana sebelumnya. Ia adalah gambaran sesiapa yang sengaja meninggalkan kewajipan solat .
Ketiga: Rasulullah SAW juga diperlihatkan gelagat orang yang dihidangkan daging yang lazat untuk dijadikan makanannya, tetapi memilih daging yang mentah lagi busuk untuk dimasukkan ke dalam mulutnya. Ia sebagai gambaran golongan yang melakukan perzinaan sedangkan telah mempunyai pasangan yang dihalalkan oleh Syara.
Kesemua gambaran peristiwa yang ditunjukkan ini merupakan pengajaran dan ibrah kepada kita semua supaya ianya dapat menguatkan keimanan kita kepada Allah SWT.