SOLIDARITI PUSAT ISLAM BUAT PALESTINE!

‘ Ya Allah, selamatkan dan lindungilah saudara seislam kami di Palestine’
“Ya Allah, kau lindungi dan beri ketabahan serta kekuatan kepada saudara kami di Palestine daripada kekejaman rejim Israel.”
“Sungguh hati ini sedih dan geram melihat kezaliman Israel yang menyerang penduduk Palestin dan menggempur kesucian umat Islam beribadah dgn aman.
“Serangan demi serangan dilakukan Israel sehingga mengorbankan ramai penduduk Palestin tidak berdosa termasuk kanak-kanak.
“Kami menyeru kepada seluruh umat Islam untuk memanjatkan doa dan pengharapan kepada Allah demi kesejahteraan saudara kita di sana sebagai solidariti mempertahankan bumi Palestin.”
Selaku umat Islam, kita umumnya mengetahui bahawa sesungguhNya doa adalah senjata orang mukmin.