Sumbangan Ihya` Ramadan Dan Majlis Berbuka Puasa Masjid Universiti Ramadan 1445 H / 2024 M

Sukacita dimaklumkan Pusat Islam Universiti akan mengadakan pelbagai program bersempena bulan Ramadan sebagai bulan ibadah dan antaranya adalah Majlis Berbuka Puasa, Tadarus Al-Quran, Tazkirah Zohor & berbagai lagi program yang akan diadakan sepanjang bulan Ramadan.

Pihak kami mengalu-alukan sumbangan dan tajaan pihak Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan /Puan untuk menyumbang bagi Majlis Berbuka Puasa yang akan diadakan sepanjang bulan Ramadan ini.

Sekiranya berminat pihak Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan /Puan boleh mengisi borang dengan Klik Url di bawah. Sumbangan tajaan Majlis Berbuka Puasa untuk 1 lot kecil adalah sebanyak RM 100 manakala untuk 1 lot penuh adalah RM 1000.

atau emel pusatislam@ukm.edu.my