FST Postgraduate

 FST To The Fore

SARJANA MOD PENYELIDIKAN

Program yang ditawarkan dalam pelbagai bidang Sains dan Teknologi memberi peluang kepada pelajar untuk mendalami proses penyelidikan. Pelajar-pelajar Pascasiswazah dipupuk untuk membina reputasi penyelidikan mereka yang cemerlang dalam penemuan saintifik. Pelajar FST juga digalakkan untuk terlibat dengan kolaborasi penyelidikan di dalam Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

 

21 Bidang yang ditawarkan:

  1. Biokimia
  2. Biologi
  3. Biologi Molekul
  4. Bioteknologi Tumbuhan
  5. Botani
  6. Fizik
  7. Genetik
  8. Geologi
  9. Kimia
  10. Matematik
  11. Mikrobiologi
  12. Pemakanan
  13. Sains Bahan
  14. Sains Haiwan
  15. Sains Laut
  16. Sains Makanan
  17. Sains Nuklear
  18. Sains Sekitaran
  19. Sains Tumbuhan
  20. Statistik
  21. Zoologi

Penyelidikan & Sepenuh masa / Separuh masa

Sepenuh masaSeparuh masa
4 – 6 semester (2 – 3 tahun)6 – 8 semester (3 – 4 tahun)

Kemasukan: 2 kali setiap tahun (Mac dan Okt)

*tertakluk kepada kalendar akademik UKM

Bahasa Inggeris

SemesterTaraf KursusKod dan Nama KursusJumlah Kredit
I atau II

Kursus Wajib

STPD6024   Kaedah Penyelidikan

4

III

Pemantauan Tesis (Penilaian Laporan Kemajuan)

  • Pelajar perlu menjadualkan pertemuan dengan penyelia atau jawatankuasa penyelia tidak kurang daripada 26 jam pertemuan setiap semester bagi pelajar sepenuh masa, atau 14 jam pertemuan setiap semester bagi pelajar separuh masa.
  • Lulus peperiksaan lisan dan menghasilkan sebuah tesis di akhir program.
  • Menerbitkan sekurang-kurangnya satu (1) artikel Jurnal berindeks WoS sebagai syarat bergraduat
  • Pelajar Antarabangsa wajib lulus kursus Bahasa Melayu bagi tujuan pengijazahan
    • LMCM1083 Bahasa Melayu Komunikasi Antarabangsa; atau
    • LMCM1093 Bahasa Melayu untuk Pelajar Nusantara

Kursus ini bertujuan memberi panduan dalam merancang, melaksana dan menjayakan sesuatu penyelidikan saintifik. Pelajar didedahkan kepada falsafah dan etika sains bagi membentuk penyelidik yang berwibawa. Pendedahan diberikan agar pelajar mampu mengenal pasti dan mengurus risiko dalam penyelidikan saintifik. Selain itu, pelbagai isu dan perundangan berkaitan penyelidikan seperti harta intelek, hakcipta, plagiarisme dan sebagainya juga dibincangkan. Selanjutnya pelajar dibimbing untuk merangka projek penyelidikan masing-masing dan diminta menyediakan kertas cadangan penyelidikan. Untuk itu, pelajar dilatih dengan teknik-teknik pencarian maklumat secara manual dan dalam talian, mengenal pasti isu serta objektif penyelidikan, merancang penyelidikan dan mereka bentuk eksperimen dalam tempoh masa pengajian. Pelajar diminta menyediakan kertas cadangan menggunakan format yang diberikan dan dipastikan bebas plagiat. Pelajar berpeluang membentangkan cadangan dalam seminar dan perlu mempertahankannya. Pelajar dinilai berdasarkan penulisan dan pembentangan cadangan penyelidikan serta peperiksaan akhir.

  • Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 2.75 atau yang setara dengannya, dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat Universiti; atau
  • Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 dan tidak mencapai PNGK 2.75 atau yang setara dengannya, tertakluk kepada penilaian dalaman yang rapi; atau
  • Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan tetapi tidak mencapai PNGK 2.50, dengan minimum 5 tahun pengalaman bekerja atau penyelidikan dalam bidang yang berkaitan. Pembuktian pengalaman kerja calon luar negara perlu disahkan oleh Kedutaan negara masing-masing;
  • Pelajar bukan warganegara perlu mendapat keputusan minimum TOEFL (iBT) skor 46 / IELTS band 5.5 / CEFR band B2 / MUET band 3 (Pelajar dari luar negara yang berasal dari negara yang Bahasa Inggeris adalah bahasa rasminya atau memiliki kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dikecualikan daripada IELTS / TOEFL / CEFR / MUET); dan
  • Memenuhi apa-apa syarat lain yang ditetapkan oleh Senat Universiti dari semasa ke semasa.
  •  
  1. Pakarunding sektor awam dan swasta 
  2. Pensyarah 
  3. Penyelidik agensi awam dan swasta
  4. Pegawai Penyelidik agensi awam dan swasta

Ketua Program, Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar

Dr. Nurul Ain’ Ab Jalil

Emel : nurulain@ukm.edu.my
Tel : 03-8921 4826

Bidang:
Geologi
Sains Laut
Sains Sekitaran

Ketua Program, Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi

Dr. Wan Syaidatul Aqma Wan Mohd Noor

Emel : syaidatul@ukm.edu.my
Tel : 03-8921 5970

Bidang:
Biokimia
Biologi
Biologi Molekul
Bioteknologi Tumbuhan
Botani
Genetik
Mikrobiologi
Sains Haiwan
Sains Tumbuhan
Zoologi

Ketua Program, Jabatan Sains Kimia

Prof. Madya Dr. Siti Aishah Hasbullah

Emel : aishah80@ukm.edu.my
Tel : 03-8921 4393

Bidang:
Kimia

Ketua Program, Jabatan Sains Makanan

Dr. Norlida Mat Daud @ Daud

Emel : norlida.daud@ukm.edu.my
Tel : 03-8921 3816

Bidang:
Sains Makanan
Pemakanan

Ketua Program, Jabatan Sains Matematik

Prof. Dr. Anuar Mohd Ishak

Emel : anuar_mi@ukm.edu.my
Tel : 03-8921 5756

Bidang:
Matematik
Statistik

Ketua Program, Jabatan Fizik Gunaan

Prof. Madya Dr. Khoo Kok Siong

Emel : khoo@ukm.edu.my
Tel : 03-8921 4506

Bidang:
Fizik
Sains Bahan
Sains Nuklear

Yuran Pengajian

Warganegara (Sepenuh Masa)

RM11,146.00/pengajian (minimum 4 semester)
  • RM 1,010.00 - Yuran Pendaftaran (semester pertama sahaja)
  • RM 845.00 - Yuran Perkhidmatan & Aktiviti (setiap semester)
  • RM 1,689.00 - Yuran Pengajian
  • RM 3,544.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester pertama
  • RM 2,534.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester berikutnya

Wargenagara (Separuh Masa)

RM12,045.00/pengajian (minimum 6 semester)
  • RM 885.00 - Yuran Pendaftaran (semester pertama sahaja)
  • RM 625.00 - Yuran Perkhidmatan & Aktiviti (setiap semester)
  • RM 1,235.00 - Yuran Pengajian
  • RM 2,745.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester pertama
  • RM 1,860.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester berikutnya

Bukan Wargenagara (Sepenuh Masa)

RM29,050.00/pengajian (minimum 4 semester)
  • RM 1,410 - Yuran Pendaftaran (semester pertama sahaja)
  • RM 6,910.00 - Yuran Pengajian
  • RM 8,320.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester pertama
  • RM 6,910.00 - Jumlah keseluruhan yuran semester berikutnya

Penasihat Program

Translate