Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa

 

Sarjana Sains Sosial (Analisis Strategi dan Keselamatan)

Mengenai Program Ini

Program Sarjana Sains Sosial dalam bidang Analisis Strategi dan Keselamatan telah lama wujud, dan ditubuhkan semenjak Jabatan Pengajian Strategik dan Hubungan Antarabangsa (SSIR) dikenali sebagai Unit Kajian Strategik dan Keselamatan (UPSK) pada tahun 1984. Program Sarjana ini telah menarik sejumlah besar pemohon yang datangnya daripada perkhidmatan awam dan para siswazah dari pelbagai aliran. Ianya kini menjadi program kegemaran pilihan di kalangan pegawai pertengahan kerjaya daripada Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi kerajaan lain sebagai batu loncatan untuk meningkatkan lagi kerjaya mereka. Sukatan pelajaran kursus merangkumi dimensi tempatan dan antarabangsa kajian keselamatan tradisional dan bukan tradisional, dan menyediakan para pelajar dengan peluang untuk meneliti isu keselamatan Malaysia dan isu-isu strategik utama seluruh dunia.

Senarai Kursus dan Struktur Kurikulum

KOD KURSUS WAJIB (22 Unit)Unit
SKSS6004Metodologi Penyelidikan Pengajian Strategi dan Keselamatan4
SKSS6003Pendekatan Pengajian Strategi dan Keselamatan3
SKSS6023Hubungan Antarabangsa Kontemporari3
SKSS6033Globalisasi dan Isu-isu Keselamatan Antarabangsa3
SKSS6043Isu Keselamatan Negara Malaysia3
SKSS6053Isu Utama Keselamatan Asia-Pasifik3
SKSS6063Perbandingan Dasar Pertahanan3
KURSUS ELEKTIF (6 Unit) PILIH 2 KURSUS SAHAJA
SKSS6073Pengurusan Krisis3
SKSS6083Evolusi Pemikiran Strategi3
SKSS6093Seminar Keselamatan Antarabangsa Semasa3
SKSS6103Peperangan dan Undang-undang Kemanusiaan3
SKSS6113Etnisiti, Agama dan Keselamatan3
TESIS (12 Unit)
SKSS601CTesis Sarjana12
JUMLAH40

Syarat Am Kemasukan dan Syarat-Syarat Khas

KeperluanPelajar DomestikPelajar Antarabangsa
Ijazah• Lulus ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian/setaraf dengannya/
• PNGK minimum 2.75
• Mempunyai Ijazah Sarjanamuda Kepujian dalam bidang hubungan antarabangsa, sains politik atau dalam mana-mana bidang yang mirip dengan kedua-dua bidang ini mempunyai kelebihan untuk diterima dan
• Bagi calon yang tidak mencapai PNGK sebanyak 2.75 atau merupakan graduan dalam bidang lain, pengalaman bekerja melebihi 5 tahun terutamanya dalam sektor keselamatan akan dipertimbangkan untuk kemasukan program di atas pertimbangan jawatankuasa kemasukan program
Bahasa Melayu• Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia untuk SPM iaitu bagi syarat khas program• Bagi calon yang bukan berwarganegara Malaysia tetapi ingin memasuki program sarjana kerja kursus ini, terdapat keperluan untuk calon berkenaan untuk mengemukakan bukti sijil kemahiran berbahasa melayu yang merangkumi pertuturan, kefahaman dan penulisan dari pihak pengiktirafan yang berkredibiliti dan boleh dipercayai
Dokumen yang perlu dikemukakan• Transkrip dan skrol bagi ijazah pertama dalam bidang berkenaan
• Salinan sijil diploma sekolah menengah (SPM atau STPM) yang disahkan untuk warganegara Malaysia
• 2 surat saranan daripada majikan semasa anda atau daripada universiti/institusi tempat ijazah diperolehi
• Gambar bersaiz passport
• Yuran pemprosesan RM30 untuk warga tempatan atau RM100 untuk calon antarabangsa
• Senarai Semak Pusat Pengajian Siswazah
Tarikh semester bermulaSeptember atau Oktober setiap tahun
Maklumat perhubunganPenyelaras M.Soc. Sc. dalam Analisis Strategi & Keselamatan,
Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa (SPHEA),
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

Tel: (+60)- 03 8921 5710/5711/5824

Faks/ Fax: (+60)- 03 8921 3290

Individu hubungan semasa: Dr. Marina Abdul Majid
Borang permohonanIsi borang permohonan di: http://guest.ukm.my
Mod pembelajaranSepenuh Masa

Muat turun risalah Program dalam format pdf di sini.  Klik pada gambar di bawah untuk paparan penuh

 

Untuk maklumat lebih kanjut, sila melawat laman web Pusat Siswazah UKM

Muat turun risalah Program dalam format pdf di sini.  Klik pada gambar di bawah untuk paparan penuh

 

 

 

 

 

Translate »