Soalan Lazim
Berikut merupakan maklumat tambahan mengenai pengajian siswazah kepada para pelajar:
1) Tempoh pengajian maksimum:
| JENIS PENGAJIAN | SEPENUH MASA | SEPARUH MASA |
|---|---|---|
| Kerja Kursus dan Penyediaan Tesis | 2 - 4 Semester | 4 - 8 Semester |
| Doktor Falsafah | 6 - 12 Semester | 8 - 14 Semester |
| Sarjana Falsafah | 2 - 6 Semester | 3 - 10 Semester |
2) Keperluan peperiksaan kepada calon siswazah (kerja kursus)
| SARJANA ( KERJA KURSUS ) |
|---|
| Peperiksaan pada setiap akhir semester |
| Penilaian berterusan bagi program yang berkaitan sahaja |
| Peperiksaan lisan bagi mempertahankan Tesis Sarjana dihadapkan Jawatankuasa Peperiksaan Lisan |
3) Had jumlah perkataan untuk tesis (tidak termasuk senarai rujukan dan nota kaki)
| PROGRAM | JUMLAH PERKATAAN |
|---|---|
| Sarjana ( Tesis sahaja) | < 30, 000 perkataan |
| Sarjana Falsafah | < 60, 000 perkataan |
| Doktor Falsafah | < 100, 000 perkataan |
| Abstrak dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris | Tidak melebihi 500 perkataan |
4) Status dan kelayakan/pencapaian akademik
| Purata Nilai Gred | Taraf Pencapaian | Kelayakan Meneruskan Pengajian | Kelayakan Pengurniaan Ijazah |
|---|---|---|---|
| PNGK > 3 | Layak | Layak | Layak |
| 2 < PNGK 3 | Lulus Bersyarat | Percubaan | Tidak Layak |
| PNGK < 2 | Gagal dan diberhentikan | Tidak layak | Tidak layak |
5) Alasan untuk menangguhkan peperiksaan
| PENANGGUHAN PEPERIKSAAN |
|---|
| Sakit atau menghadapi gangguan lain semasa peperiksaan |
| Permohonan diajukan kepada Dekan FSSK |
| Tempoh 48 jam selepas peperiksaan diadakan |
| Penangguhan atas sebab kesihatan hendaklah mendapat pengesahan Doktor Kerajaan atau pegawai perubatan Unibersiti atau Doktor panel Universiti sahaja |
6) Proses permohonan untuk menangguhkan pengajian
| PENGGANTUNGAN PENGAJIAN |
|---|
| Atas sebab munasabah seperti kesihatan dan kewangan |
| Tidak kurang daripda SATU semester dan tidak melebihi DUA semester di sepanjang tempoh pengajiannya |
| Permohonan secara bertulis kepada Dekan atau menggunakan borang yang telah disediakan oleh Pusat Pengajian Siswazah |
| Permohonan selepas 4 minggu semester bermula |
7) Sebab-sebab pelajar bakal diberhentikan daripada pengajian
| PEMBERHENTIAN CALON DARI PENGAJIAN |
|---|
| Melanggar Akta dan Peraturan Pengajian Siswazah |
| Melanggar undang-undang negara |
| Salah laku dan berkelakuan buruk |
| Gagal mengekalkan kemajuan pengajian yang memuaskan |
| Dalam keadaan ketidakupayaan metal atau jasmani |
| Melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan yang bercanggah dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti |
| Menghubungi pemeriksa luar untuk mengetahui keputusan penilaian tesisnya |
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Ketua Program Siswazah, Pejabat Am, Hal Ehwal Siswazah (Peringkat Fakulti), atau Pusat Pengajian Siswazah (UKM).