Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa

 

Galeri Litograf, Karikatur & Manuskrip

Galeri Litograf, Karikatur & Manuskrip

Galeri ini memaparkan koleksi yang belum dikatalogkan dari mana-mana institusi penyelidikan. Litograf, Karikatur dan Manuskrip merupakan pameran utama yang amat penting untuk pemahaman terhadap sesuatu Negara mengenai warisan dan sejarah.

Litograf yang terdapat di dalam galeri ini merupakan hasil kerja seniman penjajah yang dijemput oleh Portugis, Inggeris dan Perancis melalui kerajaan penjajah untuk merakam aktiviti yang bersejarah di dunia Melayu. Di antara hasil kerja seni adalah menerusi sesuatu peristiwa berkaitan msyarakat dan budaya melayu dan sumber tropika flora dan fauna yang dijumpai di semenanjung Malaysia.

Seniman tempatan menghasilkan karikatur bersejarah yang akan dicetak di dalam surat khabar dan majalah. Karikatur mengambarkan seni di dalam politik, ekonomi dan aktiviti social sejak tahun 1930 daripada era Malaya sehingga tertubuhnya Malaysia.

Di dalam galeri ini terdapat dua jenis manuskrip yang dipamerkan. Antaranya ialah Manuskrip Melayu dan Bugis. Manuskrip bugis mengandungi diari daripada Sultan Bone dari abad ke-18 dan juga aktiviti seharian msyarakat Bugis serta aktivit perdagangan dengan selatan Johor dan Sulawesi.

Waktu Operasi:galeri-1024x685

Isnin- Khamis

9.15am – 12.30pm
2.15pm – 4.30pm

Jumaat

9.15 am – 12.15pm
3.00 pm – 4.30pm

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

Tutup

Lokasi

Blok A, Aras 4,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Selangor,
Malaysia
Email: ppsps@ukm.edu.my
Tel: +60-3-89215710/5711
Fax: +60-3-89213290

Translate »