Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa

 

Sekapur Sireh Pengerusi Pusat

Salam sejahtera.  Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa (SPHEA) adalah pusat pengajian yang ditubuhkan di bawah Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).     SPHEA —ketika itu dikenali sebagai Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi (PPSPS)–bertapak pada tahun 2002 iaitu gabungan Jabatan Sains Politik,   Jabatan Sejarah dan juga Program Strategi & Hubungan Antarabangsa.  Gabungan ketiga disiplin ilmu ini telah mengumpulkan sarjana tersohor dalam bidang masing-masing.   SPHEA kini adalah Pusat Pengajian yang paling terkemuka di kalangan IPTA dan IPTS di Malaysia, dan antara yang terbaik di Asia Pasifik.  Pelajar antarabangsa dari Asia Timur (termasuk Asia Tenggara),  Timur Tengah, Afrika, Amerika, Eropah dan Australia dan juga dari Latin Amerika menuntut ilmu di sini. SPHEA juga mempunyai MoU dengan beberapa universiti ternama dunia.  SPHEA telah melahirkan ramai pembuat dasar negara, penjawat awam, angkatan tertinggi beruniform, ahli politik, menteri, pensyarah dan professor di UKM dan juga di lain-lain universiti di Malaysia khasnya dan di Asia Tenggara amnya.  Di SPHEA pelajar di asah bakat mereka dalam penulisan dan berpidatao, menyelesaikan masalah secara kritis, dan di bimbing sebagai pemimpin masa hadapan.  Latihan industri untuk pelajar disediakan untuk mengacu  pelajar menjadi seorang warga yang berwawasan, berdisplin, berdaya saing, mahir, dan tangkas dalam membuat keputusan.   Antara program pelajar yang kini telah hampir sedekad  berjalan adalah Jaringan Siswazah Nusantara (JSN)  yang telah berjaya membawa obor SPHEA meredah lautan ke universiti di negara jiran terutamanya di Thailand, Indonesia, Brunei dan Taiwan.   Sementara Forum dan seminar berkala di SPHEA, memberi ruang dan peluang untuk pelajar bersemuka dengan sarjana terkenal dunia membincang isu semasa secara realiti dan membuka minda.  Pensyarah kami yang amat dedikasi juga sangat giat menjalankan penyelidikan,  menerima dana dari dalam dan luar negara dan antara yang terkehadapan menerbit dalam jurnal-jurnal termasyhur dunia dan juga buku-buku ilmiah.  SPHEA adalah antara Pusat Pengajian yang menghasilkan paling ramai graduan setiap tahun di UKM, dan yang paling kompetitif dalam senarai IPTA dan IPTS dalam bidang yang berkaitan.  Terletak di Bangi—dikenali sebagai bandar ilmu—dan sebuah pekan universiti yang sedang pesat membangun, ianya berdekatan dengan Putrajaya dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menjadikan SPHEA tempat yang amat tepat untuk menimba ilmu.

Selamat Datang ke Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa!

 

PROFESOR MADYA DR. MOHD. SAMSUDIN

Pengerusi Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ahwal Antarabangsa

Translate »