Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa

 

PESEPSI

pesepsi logo

PESEPSI merupakan Persatuan Mahasiswa Sejarah, Politik dan Strategi, yang bertempat di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Persatuan ini menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan mahasiswa dari Program Sejarah, Sains Politik dan Hubungan Antarabangsa.

Sila melawat laman Facebook untuk aktiviti terkini.

Aktiviti yang telah dijalankan:

1)  MISI KEMANUSIAAN KE KEMBOJA 2015

Program Misi Kemanusiaan ke Kemboja 2015 ini adalah program yang dijalankan atas dasar keprihatinan Mahasiswa/i Persatuan Sejarah, Politik dan Strategi (PESEPSI). Program ini telah dijalankan pada 19 hingga 24 Januari 2015 bertempat di Kampong Cham, Kemboja. Antara misi utama program ini adalah memberi bantuan kemanusiaan kepada masyarakat Kemboja yang hidup dalam keadaan serba kekurangan di samping dapat memupuk sikap kesukarelawanan dalam kalangan pelajar. Selain itu, program ini juga bertujuan mewujudkan jaringan komuniti antara pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dengan pertubuhan Islam di Kemboja dan sekaligus dapat memperkenalkan UKM ke peringkat antarabangsa seiring dengan misi pengantarabangsaan Universiti Kebangsaan Malaysia.

cambodia collage

2)  TAYANGAN FILEM DAN DISKUSI

Program tayangan filem & diskusi merupakan salah satu program yang dijalankan setiap bulan di bawah seliaan pelajar-pelajar Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi. Program ini bermatlamat untuk melahirkan mahasiswa yang cakna dengan perkembangan filem tempatan mahupun antarabangsa khususnya yang menerapkan unsur-unsur sejarah, politik dan strategi. Setelah berakhirnya tayangan filem, sesi diskusi akan dijalankan bagi menambah ke fahaman mahasiswa berkenaan isu yang cuba dibangkitkan di dalam filem tersebut dan sesi ini juga lebih tertumpu kepada perbincangan dan perkongsian pendapat antara mahasiswa.

Beberapa contoh poster sebaran mengenai program ini:

pesepsi tayangan 1 pesepsi tayangan 2

3)   TOWN HALL MEETING – PILIHAN RAYA KAMPUS UKM (FSSK) 

Program ini telah diadakan pada 19 November 2014 di Dataran 3B 301, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusaiaan semperna Pilihan Raya Kampus UKM. Program yang mengambil konsep ‘Town Hall Meeting’ ini merupakan satu program penerapan budaya dimana rakyat (mahasiswa) berpeluang bertanya soalan, memberi pandangan dan kritikan kepada bakal-bakal pemimpin mereka. Oleh itu PESEPSI mengambil peluang dengan mengadakan sebuah forum khas khusus untuk memberi peluang kepada calon-calon PRK tahun 1/2 dan tahun 3 di peringkat Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (Kerusi Fakulti) untuk membentangkan manifesto mereka dan menjawab soalan-soalan yang diajukan. Forum ini menampilkan kesemua calon daripada Gabungan Mahasiswa dan ASPIRASI.

pesepsi townhall

 

4)  FORUM #HeForShe, 24 Mac 2015

Forum #HeForShe merupakan satu ruang diskusi yang mengupas isu kedudukan dan hak wanita dari segi politik, ekonomi dan sosial di Malaysia. Program ini telah diadakan pada 10 Disember 2014 dengan menjemput panelis-panelis jemputan dari Women’s Aid Organisation (WAO) dan NGO’s. Program ini memberikan pandangan yang luas terhadap isu gender termasuklah membetulkan stereotaip yang dibelenggui golongan wanita dalam masyarakat Malaysia.

Poster dan foto daripada program ini:

heforshe fssk

heforshe collage

 

6)   KHIDMAT SISWA KE RUMAH KEBAJIKAN ISLAM PERIBADI MULIA, KAJANG (9 Mei 2015)

Kunjungan mesra PESEPSI ke Rumah Kebajikan Islam Peribadi Mulia kajang telah diadakan pada 9 Mei 2015 sebagai satu usaha PESEPSI dalam menjalinkan hubungan kemasyarakatan dan kesukarelawanan bersama golongan yang kurang bernasib baik disamping mencari sumbangan dana untuk mereka. Rumah kebajikan ini juga sekaligus dijemput untuk hadir ke Majlis Makan Malam Amal anjuran PESEPSI dan telah berjaya mengumpul dana sejumlah RM 3000 untuk diberi kepada mereka.

Gambar-gambar daripada kunjungan ini boleh didapati di Galeri.

Translate »