Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa

 

Sains Politik

Program Sains Politik

Jabatan Sains Politik telah ditubuhkan pada Februari 1976. Sejak penstrukturan semula Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) pada 2001, Jabatan ini telah distrukturkan ke dalam program di bawah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi. Berbanding dengan bidang lain di FSSK, Sains Politik merupakan asas kepada penubuhan cabang bidang di dalam Pengajian Strategi. Tanpa sains politik, mungkin agak mustahil untuk memulakan cabang bidang yang lain seperti Hubungan Antarabangsa, Politik Ekonomi Antarabangsa, Pengajian Keselamatan dan Strategik dan juga pengajian berkaitan dengan pertahanan.

Objektif program ini adalah untuk melahrikan graduan yang pakar di dalam pengetahuan Sains Politik, kritikal dan mempunyai set kemahiran meyelidik dan juga boleh untuk mengaplikasikan di dalam bidang kerja. Program Sains Politik merupakan yang paling terawal di dalam Negara, dalam masa yang sama juga telah banyak menghasilakan graduan yang telah melibatkan diri di dalam pelbagai sector awam dan swasta, agensi bukan kerjaan. Kebanyakan daripada graduan juga telah berkerja sebagai guru, wartawan, pentadbir, diplomat, penyelidik dan juga ahli politik. Program ini juga bertindak sebagai perintis dalam melahirkan pensyarah baru mula berkerja di sebahagian institusi awam atau pengajian tinggi, terutama di universiti bukan penyelidikan yang baru ditubuhkan.

Antara sarjana yang telah berkhidmat dan meyumbang tenaga dalam memartabatkan program ini ialah Dr. Sanusi Osman, Allahyarham Rustam Sani, Dr. P. Ramasamy, Kamaruddin Jaafar, Professor Harold Crouch, Allahyarham Dr. Mohd Ali Kamaruddin, Ghazali Mayudin, Saliha Hassan and Wan Abdul Rahman Wan Latiff.

Menawarkan setiap peringkat pengajian dari Ijazah Sarjana Muda hinggalah Doktor Falsafah (Ph.D). Program Sains Politik merupakan skop pengajian yang komprehensif yang terdiri daripada beberapa kursus antaranya ialah Pengantar Sains Politik, Pengantar falsafah Politik, Teori Politik Malaysia, Ekonomi Politik Antarabangsa, Politik Amerika, Latihan Ilmiah, dan Metodologi Penyelidikan. Program ini dirangka untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan dalam sistem pentadbiran, hubungan diplomatik dengan Negara luar dan juga melahirkan pembuat polisi yang berkebolehan tinggi.

Permohonan yang tinggi terhadap program ini menunjukkan bahawa graduan Sains Politik adalah sangat penting dan keperluan dalam memenuhi permintaan pasaran semasa. Sebagai contoh, pelajar yang telah mendaftar di dalam sebahagian kurusus Ijazah Sarjana dalam siding akademik 2013/2013 telah mencapai sehingga 40 orang pelajar, yang mana peningkatan lebih 100% daripada kemasukan biasa sebelum ini. Tambahan lagi, dinamika semasa terhadap politik rakyat Malaysia semenjak Pilihan Raya Umum ke 10 pada tahun 1999 dan Pilihan Raya Umum ke 12 pada tahun 2008 telah meningkat minat dan permohonan terhadap program ini.

Kini, antara pensyarah yang terlibat di dalam program ini ialah:

Profesor Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff

Profesor Dr. Sity Daud

Prof. Madya Dr. Rizal Yaakop

Prof. Madya Dr. Muhamad Takiyuddin Ismail

Dr. Russli Kamarudin

Dr. Jamaie Hj. Hamil

Dr. Muhamad Nadzri Mohamed Noor

Dr. Mohd Irwan Syazli Saidin

En. Abdul Muien Abadi

 

Untuk keterangan lanjut, hubungi:

Ketua Program Sains Politik,

Dr. Muhamad Nadzri Mohamed Noor

Tel: 03-89215711

E-mail: nadzri@ukm.edu.my

 

Translate ยป