Lawatan Penanda Aras Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Delegasi dari Pusat Strategi UKM yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor (Strategi & Kewatanan) merangkap Pengarah Pusat Strategi, telah mengadakan lawatan penanda aras ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Lawatan ini juga menjadi platform penting bagi pertukaran idea dan strategi untuk menambah baik penyediaan data, selaras dengan kriteria penarafan dunia UI GreenMetric – sebuah inisiatif global yang mengiktiraf komitmen institusi pengajian tinggi dalam pembangunan lestari.
Ketibaan delegasi UKM telah disambut mesra oleh Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Naib Canselor UMK. Lawatan ini membuka ruang kerjasama strategik dalam memperkukuh inisiatif hijau dan pembangunan mampan dalam kalangan institusi pendidikan tinggi.
Semoga jalinan kerjasama ini terus memperkukuh usaha institusi pendidikan tinggi dalam membudayakan kelestarian dan inisiatif hijau secara menyeluruh.