Sesi perkongsian bertajuk “Hidup Aktif, Hidup Sihat: Pengurusan Berat Badan & Pencegahan Diabetes”

Sesi perkongsian bertajuk “Hidup Aktif, Hidup Sihat: Pengurusan Berat Badan & Pencegahan Diabetes” telah disampaikan oleh Dr. Denise Koh Choon Lian, Ketua Program Prasiswazah (Pendidikan Sukan dan Rekreasi) Fakulti Pendidikan.

Program yang dilaksanakan pada jam 10.30 pagi, 24 April 2026 (Jumaat) merupakan sebahagian daripada akviti yang telah dirancang di bawah Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) pejabat Strategi UKM. Melalui sesi dialog dua hala ini juga peserta didedahkan dengan kepentingan mengekalkan gaya hidup aktif, kaedah pengurusan berat badan yang sihat serta langkah-langkah pencegahan awal terhadap penyakit diabetes.

Sesi ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran kesihatan, malah memberi panduan praktikal yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.

Similar Posts