UKMShape

(Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional)

Search
Close this search box.

Mobiliti - Pelajar UKM International (Tempatan & Antarabangsa)

Para pelajar UKMShape (UKM International) adalah layak untuk mengikuti program mobiliti sepertimana yang digunapakai dan diterima oleh pelajar arus perdana. Anda layak untuk memohon program mobiliti yang ditawarkan oleh pihak universiti yang berkaitan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai senarai program atau universiti yang menawarkan program mobiliti, anda boleh rujuk Laman Web UKM Global atau Facebook UKM Global. Pihak UKM Global akan memberi penjelasan lanjut berkaitan program atau universiti yang ingin dipohon oleh pihak anda.

Jika anda berjaya memohon dan surat kebenaran/tawaran telah dikeluarkan oleh pihak universiti yang dipohon, anda diminta untuk hadir ke Kaunter Unit Hal Ehwal Siswa dan Alumni (HESA) di Aras 1, Pusat Kembangan Pendidikan, Bangunan Wawasan untuk proses permohonan dana mobiliti.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan program mobiliti, anda boleh berhubung dengan pihak UKM Global untuk maklumat lanjut. Jika anda mempunyai sebarang persoalan mengenai dana program mobiliti,  unit HESA boleh dihubungi di talian 03-8921 4197 atau hesapkp@ukm.edu.my

Carta Alir Bagi Permohonan Dana Program Mobiliti Pelajar (Ke Luar Negara)

UKMShape

*  Untuk makluman, pelajar hanya boleh memohon dana mobiliti sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian.