UKMFolio
VIP
UKMFolio™ ialah Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) di UKM. Platform ini merupakan platform rasmi untuk UKM menjalankan aktiviti pembelajaran tak segerak untuk Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berterusan serta peperiksaan dalam talian. Pengguna UKMFolio™ adalah pensyarah UKM, pensyarah sambilan, tutor, pelajar dan kakitangan bukan akademik.
https://ukmfolio.ukm.my/VIP ialah sistem pengurusan pembelajaran yang dibangunkan khusus untuk pelaksanaan program Open and Distance Learning (ODL) di UKM. VIP membolehkan pengajar menawarkan kursus dalam talian, menambah tugasan dan memantau kemajuan pelajar. VIP juga membolehkan tenaga pengajar berkomunikasi dengan pelajar secara dua hala melalui forum dan perbincangan. .
https://odl.ukm.my/eCourse merupakan sistem pengurusan pendaftaran dan pengurusan pembelajaran pelajar bagi kursus-kursus seperti Sijil professional, Micro-credential dan Kursus Pendek.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
||||||
|
||||||
|
||||||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |||
| |||
| |||
| |||
|
|
| ||||||||||||
| ||||||||||||
| ||||||||||||
|
|
APEL A (Akses) | APEL C (Penganugerahan Kredit ) | APEL Q (Award of Academic Qualifications) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ASASlpintar |
|
|
|
|
|
2024
2023
2022
21 oktober 2024 |
Pada 21 Oktober 2024, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional (UKMShape) telah mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). |
Majlis Menandatangani Perjanjian ini disaksikan oleh Naib Canselor UKM, Prof Dato’ Gs Ts. Dr Mohd Ekhwan Hj Toriman. Dokumen perjanjian itu ditandatangani, oleh Timbalan Naib Canselor Hal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor dan Pengarah UKMShape, Prof. Datuk Dr. Muhammad Hussin mewakili UKM, manakala MPM ditandatangani oleh Ketua Eksekutifnya, Encik Adnan Husin dan Timbalan Ketua Eksekutif 1, Encik Badrul Hisham Abdullah. |
Kerjasama ini memfokuskan kepada perkara dalam menyedia dan menerbitkan sukatan peperiksaan serta spesifikasi Higher School Certificate (HSC) yang lengkap sebagai panduan kepada para pelajar dan juga tenaga pengajar. |
Selain itu, kerjasama ini membantu dalam mentadbir peperiksaan HSC kepada pelajar luar negara untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia serta menyediakan latihan bahasa Inggeris kepada calon yang akan menduduki ujian Malaysian University English Test (MUET). |
Semoga Majlis Menandatangani Perjanjian ini akan menjadi langkah penting ke arah memperkukuhkan hubungan pendidikan antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) serta membuka jalan untuk inovasi dan kecemerlangan akademik. |
13 Ogos 2024 |
UKM dan NAMA Foundation Perkukuh Kerjasama untuk Pembangunan Pelajar Berbakat. |
Pada 13 Ogos 2024, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional (UKMShape) telah melangkah maju dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama NAMA Foundation (NAMA). Kerjasama strategik ini bertujuan untuk pembangunan pelajar berbakat yang memerlukan, khususnya di negara-negara membangun. |
Majlis pertukaran MoU ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM, manakala NAMA Foundation diwakili oleh Dr. Salleh Mubarak Bazead, Ketua Pegawai Eksekutif NAMA Foundation. |
Kerjasama ini menandakan satu langkah penting dalam usaha UKM untuk memupuk dan membentuk pemimpin masa depan dari kalangan individu berbakat dalam komuniti Islam terpinggir. Objektif utama inisiatif ini adalah untuk mengenal pasti serta memupuk potensi pelajar berbakat, dengan matlamat menjadikan mereka pemimpin, pemikir, dan inovator yang berupaya menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara-negara membangun. |
Dengan pelaksanaan pelbagai penilaian dan strategi, UKM berhasrat untuk mengenal pasti pelajar yang mempunyai kebolehan pembelajaran luar biasa, serta menyediakan mereka dengan peluang yang tepat untuk berkembang secara optimum. |
Kerjasama ini diharapkan akan memberikan impak positif kepada semua pihak yang terlibat, dan pada masa yang sama memperkukuh peranan UKM sebagai institusi yang komited dalam memajukan pendidikan serta pembangunan masyarakat global. |
10 Oktober 2024 |
UKMShape berbesar hati menyambut delegasi istimewa dari SMA Batik 1 Surakarta, Indonesia. kedatangan 30 pelajar dan 4 guru pada 9 Oktober 2024, 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Ballroom UKMShape. |
Bersama Encik Syahir Hazmi, Ketua Projek Eksekutif dan PBJJ telah sampaikan taklimat Akademik yang ditawarkan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia dan alumni UKM yang berjaya. Di samping, tayangan video Korporat dan pengenalan kepada fasiliti yang terdapat di UKM. |
Lawatan ini bukan sekadar kunjungan tetapi membuka lembaran baru untuk pelajar SMA Batik 1 Surakarta, Indonesia. mencipta masa depan gemilang bersama UKM! |
27 Ogos 2024 |
On Friday, August 16th, 2024, we had the pleasure of hosting a group of bright students and their parents (about 26 people) from Beijing, China, for an exciting campus tour at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi. The day was filled with exploration, learning, and cultural exchange! |
The visit started with a short walk from the iconic Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), known for hosting UKM’s convocation ceremonies and other major events. The group then explored the Chancellory, the Faculty of Social Sciences and Humanities (FSSK), and Pusanika, where they took a short break to enjoy some snacks. |
The visit continued with a stop at UKMShape, where Associate Professor Dr. Rorlinda Binti Yusof, the Head of Premier Project UKMShape, gave an insightful briefing on UKMShape’s mobility programs, including the “Travel and Learn” and “School Holiday Camp/Enrichment Camp” for international students. The briefing took place at Pujangga 1, UKMShape. |
By noon, the students and their parents were ready to head back, but not before capturing a memorable group photo to commemorate their visit. It was a wonderful experience hosting such enthusiastic young learners, and we hope this visit has inspired them to consider furthering their studies with us at UKMShape. Safe travels back to Beijing! |
15 Ogos 2024 |
Pada 15 Ogos 2024, UKMShape telah menerima kunjungan istimewa dari delegasi Philippines Normal University yang terdiri daripada Prof Nancy S. Ramores, Prof Dominador D. Mangao, Dr Rafael, dan Dr Celia. Lawatan sehari ini, yang berlangsung di UKMShape, membawa delegasi tersebut mempelajari tentang Micro-Credential dengan lebih mendalam seterusnya melawat tempat-tempat menarik sekitar UKM. |
Lawatan ini dimulai dengan sesi di Bilik Daisy, UKMShape, yang disambut mesra oleh Prof. Madya Dr Fariza Binti Khalid, Timbalan Pengarah I (Akademik dan Pengembangan Program). Beliau memulakan sesi dengan ucapan alu-aluan yang, diikuti dengan perkongsian mendalam mengenai program Micro-Credential yang sedang giat diperkembangkan di UKMShape. |
Seterusnya, delegasi tersebut dibawa melawat beberapa lokasi menarik di sekitar UKM, diiringi oleh Prof. Madya Dr Fariza Binti Khalid dan Unit Pelaksanaan Sijil Profesional & Micro-Credential UKMShape. Lawatan pertama adalah ke Balai Busana Melayu, di mana para delegasi mendapat pendedahan langsung mengenai keunikan busana tradisional Melayu . Lawatan diteruskan ke Galeri Litograf, Karikatur & Manuskrip, serta Muzium Warisan Akademik di Canselori, UKM, di mana mereka berpeluang menghayati sejarah dan warisan akademik di UKM. |
Dengan selesainya lawatan tersebut maka, berakhirlah juga lawatan daripada Philippines Normal University. UKMShape amat berharap agar kunjungan ini membuka pintu kerjasama yang lebih erat pada masa depan, serta memperkukuh perkembangan program Micro-Credential bagi kedua-dua institusi, demi kemajuan bersama dalam bidang akademik dan pendidikan. |
29 Februari 2024 |
Prof. Madya Dr. Brian Masshardt, dari School of Liberal Arts & Science yang juga merupakan Director East Asian Studies Program di Musashi Universiti, Jepun telah berkunjung ke UKMShape pada 29 Februari 2024, dalam lawatan selama 2 hari ke Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM. |
Sesi lawatan yang diadakan di Bilik Pujangga 3, UKMShape itu dimulai dengan kata alu-aluan daripada Prof. Madya Dr Fariza Binti Khalid, Timbalan Pengarah I (Akademik dan Pengembangan Program) kemudian diikuti dengan perkongsian lanjut mengenai program-program yang ditawarkan di UKMShape seperti Sijil profesional, Micro-Credential, Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL) serta Lawatan Sambil Belajar. |
Seramai 8 orang pegawai dan penolong pegawai daripada Unit Sijil Profesional & Micro-Credential dan Unit Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL) hadir bagi mengalu-alukan kedatangan Prof. Madya Dr. Brian Masshardt. Lawatan yang diadakan selama sejam itu diakhiri dengan perkongsian idea dan pengalaman daripada kedua-dua pihak. |
UKMShape berharap lawatan ini dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dalam memastikan potensi kerjasama pada masa yang akan datang. |
29 Februari 2024 |
UKMShape berbesar hati menerima kunjungan hormat wakil-wakil dari Universiti-Universiti APAC yang melawat UKMShape untuk mendapatkan penerangan mendalam tentang peranan penting UKMSHAPE di UKM, strategi pengambilan dan penerimaan pelajar antarabangsa, dan juga penawaran program yang komprehensif di UKM. |
Melalui lawatan dan interaksi sebegini, pihak univsersiti dapat memperkuatkan rangkaian global, berkongsi dan bertukar pandangan mengenai pendidikan tinggi, dan juga menyumbang kepada peningkatan yang positif dalam pendidikan di serata rantau Asia-Pasifik. Program seperti ini juga dapat membantu pertukaran kepakaran, dan mendorong pembentukan komuniti pendidik yang dinamik. |
Semoga kunjungan hormat dari Universiti-Universiti APAC, dapat meningkatkan komitmen UKMShape terhadap kecemerlangan akademik, kejayaan pelajar, dan kemajuan pendidikan tinggi di peringkat global. |
22 Februari 2024 |
Pelajar dari An Namiroh Junior and Senior High School Pekanbaru, Indonesia telah melawat UKMShape untuk mendapatkan penerangan, pengenalan, dan maklumat mengenai syarat-syarat bagi menyambung pengajian ke UKM. Lawatan tersebut melibatkan sesi taklimat yang diberikan oleh wakil UKMShape, En. Muhamad Aizat Bin Mohd Azmi, di mana pelajar-pelajar diberikan penerangan mendalam mengenai program-program pengajian yang ditawarkan, infrastruktur universiti, dan peluang-peluang pembelajaran. |
Dalam taklimat tersebut, pelajar-pelajar juga diberikan gambaran yang jelas tentang syarat-syarat kemasukan, termasuk keperluan akademik dan proses permohonan. Pelajar-pelajar sekolah tersebut berpeluang bertanya soalan dan mendapatkan jawapan daripada wakil UKMShape, yang membantu mereka untuk membuat keputusan yang lebih baik mengenai langkah seterusnya dalam pendidikan tinggi. |
Semoga lawatan ini memberikan pengalaman yang bermanfaat dan membuka peluang-peluang baru bagi pelajar-pelajar tersebut dalam mengejar pendidikan di peringkat universiti. |
14 Februari 2024 |
UKMShape menerima lawatan dari SMA Islam Terpadu Raudhatul Jannah, Indonesia pada 14 Feb 2024 bertempat di Bangunan UKMShape. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar SMA Islam Terpadu Raudhatul Jannah mengenai Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga peluang bagi melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia. |
Semoga perkongsian yang diberikan akan memberikan impak yang positif kepada semua pelajar yang hadir. |
9 Februari 2024 |
UKMShape menerima lawatan dari International Islamic Studies Development and Research Center (IISDRC) & Pimpinan Perguruan Tinggi Islam Negeri Sumatera Barat Indonesia pada 9 Feb 2024 bertempat di Bangunan UKMShape. Tujuan lawatan ini adalah untuk membincangkan peluang kemasukan Pascasiwazah – Master dan juga PhD ke UKM bagi pensyarah-pensyarah perguruan tinggi Islam yang ada di Negeri Sumatera Barat Indonesia. |
Delegasi dari IISDRC seramai 16 orang yang merupakan Rektor, Pengetua dan juga Pensyarah dari Universitas dan Sekolah Tinggi Agama di sekitar Sumatera Barat. Manakala, UKMShape diwakili oleh YBrs. En. Jamalul Lail Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah III (Pembangunan Program dan Pemasaran), Puan Nur Farhana Jaafar Sidek dari Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Puan Nur Shafizza Saidon dari Unit Komunikasi Korporat. Turut serta di dalam perbincangan tersebut adalah YBhg. Prof Madya Dr. Ahmad Sunawari Long, Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM, YBhg. Prof. Dr. Kadaruddin Aiyub, Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM dan Dr. Hafizah dari Fakulti Pendidikan UKM. |
Semoga lawatan dan perbincangan ini memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dan membawa kepada terjalinnya kerjasama yang baik pada masa yang akan datang. |
2 Februari 2024 |
UKMShape telah menerima kunjungan hormat dari Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi tujuan membincangkan potensi jalinan kerjasama yang boleh diadakan antara UKMShape dan UUM. |
Delegasi dari UUM terdiri daripada YBrs. Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan selaku Naib Canselor UUM, Encik Mohd Zuhri Abdullah -Ahli Lembaga Pengarah UUM, Encik Azman Hisham Che Do- Ketua Pegawai Eksekutif Uniutama Managements Holdings Sdn. Bhd., Dr. Mohd. Herry Mohd Nasir-Pengurus Besar Uniutama Education and Consultancy Sdn. Bhd. dan juga Encik Muhammad Andzarwir Bin Zakaria-Pegawai Khas Ahli Lembaga Pengarah UUM. |
Mesyuarat dipengerusikan oleh Naib Canselor UKM-YBhg. Profesor Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, didampingi oleh YBhg. Prof. Datuk Muhammad Bin Hussin selaku Pengarah UKMShape, Encik Jamalul Lail Bin Abdul Wahab- Timbalan Pengarah III (Pembangunan Program dan Pemasaran), Encik Muhammad Haniff Bin Rahmat- Ketua Bahagian Pembangunan Perniagaan, Cik Nurul Afiqah Binti Omar dari Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Puan Nur Shafizza Binti Saidon – Unit Komunikasi Korporat. |
Semoga kunjungan ini akan membuahkan kerjasama yang dapat memberikan manfaat yang besar dan memberi sumbangan yang positif kepada perkembangan UKMShape dan juga UUM. |
17 Ogos 2024 |
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah berusaha keras menjayakan Karnival Jom Masuk UKM 2.0 2024 yang telah berlangsung dengan meriah di kampus UKM Bangi baru-baru ini. Sambutan yang sangat hebat dan penuh semangat dari semua pengunjung telah menjadikan acara ini satu kejayaan yang tidak ternilai. |
Seramai 893 pengunjung telah hadir memeriahkan karnival ini, menandakan betapa pentingnya acara ini dalam kalangan masyarakat. Karnival ini merupakan simbolik penutup jelajah Jom Masuk 2.0 yang telah dilaksanakan di 4 Zon termasuk Zon Selatan: Melaka, Zon Timur: Pahang, Zon Utara: Pulau Pinang, dan Zon Tengah: Selangor sebagai destinasi terakhir. |
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang karnival, termasuklah podcast Generasi Varsiti, persembahan oleh artis jemputan, serta sesi ramah mesra bersama ahli Suria FM. Semua aktiviti ini telah menambahkan lagi kemeriahan dan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada semua yang hadir. |
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Suria FM yang telah membantu mempromosi acara ini dan melayani pengunjung dengan penuh dedikasi. Sokongan serta kerjasama daripada Suria FM telah memberikan nilai tambah yang besar kepada karnival ini. |
Sekali lagi, terima kasih kepada semua pihak, termasuk peserta, pengunjung, dan setiap individu yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan Karnival Jom Masuk UKM 2.0 2024. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk acara-acara akan datang dan terus memperkukuh hubungan antara kita semua. |
12 Ogos 2024 |
GENG UTARA! HAMPA MEMANG TERBAIK! |
Wah, tak sangka ramai sungguh yang datang Jelajah Jom Masuk UKM 2.0 2024 di Esplanade, Padang Kota! Hampa semua memang SEMPOI HABIS! |
Terima kasih sebab dah buat program kita meriah. Hampa bukan main-main, dari Perlis sampai Penang, datang! Memang Terbaik la! |
JELAJAH TERAKHIR KITA: DECTAR, UKM BANGI! 17 Ogos 2024 |
Jom la datang ramai-ramai! Bawa sekali mak ayah, adik-beradik, kawan-kawan. Lagi ramai, lagi meriah!. Sekali lagi, TERIMA KASIH TAK TERHINGGA pada semua geng utara. Hampa buat kami rasa sungguh terharu! |
2-4 Ogos 2024 |
Terima kasih tak terhingga kepada semua yang dah sertai Jelajah Jom Masuk UKM 2.0 2024 x SURIA FM di Menara 188, Kuantan selama 3 hari. 2-4 Ogos, macam sekejap je. Tapi memori dia? Seumur hidup! |
Mungkin sebab semangat anda yang terlalu membara! Ramai sungguh orang datang nak tau pasal intake Oktober UKM. Memang meriah! Tapi pada yang tak berkesempatan, jangan sedih kalau terlepas. UKM masih on tour! |
Destinasi seterusnya akan berlangsung di Kuantan. Kepada semua yang berada di sekitar kawasan Kuantan, jemput hadir ke Menara 188, Kuantan pada 2, 3, dan 4 Ogos 2024. Banyak aktiviti menarik dan informasi berguna menanti anda. Marilah bersama-sama memeriahkan acara ini dan dapatkan maklumat terkini mengenai peluang melanjutkan pelajaran di UKM. Kami berharap dapat bertemu dengan lebih ramai lagi pengunjung di sana. |
NEXT STOP: PULAU PINANG! 🌴 kepada Geng Utara, jom kita buat meriah pulak kat Esplanade, Padang Kota pada 10 & 11 Ogos 2024. |
Jangan lupa ajak mak ayah, adik-beradik, kawan-kawan, jiran sebelah rumah! Lagi ramai, lagi meriah! Sekali lagi, TERIMA KASIH SEMUA! Anda memang TERBAIK! |
27 & 28 Julai 2024 |
Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah hadir ke Jelajah Jom Masuk UKM 2.0 2024 x SURIA FM yang berlangsung pada 27 & 28 Julai 2024. |
Kami sangat menghargai sokongan dan kehadiran anda semua yang telah memeriahkan acara ini. Cuaca yang baik sepanjang acara menyumbang kepada sambutan yang luar biasa, dengan ramai pengunjung hadir untuk mendapatkan maklumat tentang kemasukan ambilan Oktober UKM tahun ini. |
Destinasi seterusnya akan berlangsung di Kuantan. Kepada semua yang berada di sekitar kawasan Kuantan, jemput hadir ke Menara 188, Kuantan pada 2, 3, dan 4 Ogos 2024. Banyak aktiviti menarik dan informasi berguna menanti anda. Marilah bersama-sama memeriahkan acara ini dan dapatkan maklumat terkini mengenai peluang melanjutkan pelajaran di UKM. Kami berharap dapat bertemu dengan lebih ramai lagi pengunjung di sana. |
Terima kasih sekali lagi atas sokongan anda semua! |
12 Mei 2024 |
Meriah! Program Jom Masuk U, Zon Tengah 2 telah berlangsung selama dua hari di Universiti Putra Malaysia dengan jayanya. |
Terima kasih pada semua bakal pelajar yang berkunjung ke reruai Universiti Kebangsaan Malaysia. Acara ini juga turut dirasmikan oleh Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah pada harini. |
Jangan lepaskan peluang untuk bertemu pasukan UKM untuk jelajah Program Jom Masuk U anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi di lokasi yang akan datang. |
5 Mei 2024 |
Program tahunan yang sering dinantikan oleh semua bakal pelajar Universiti telah bermula pada 4 Mei 2024. Program Jom Masuk U 2024 bermula di lokasi pertama Zon Tengah 1, UiTM Kampus Seri Iskandar dan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi. |
Reruai pameran UKM diwakili oleh Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM) dan juga pasukan pemasaran UKMShape. Turut hadir sama pada majlis perasmian Program Jom Masuk U 2024 adalah YBrs. Prof Madya Dr. Irman Abdul Rahman, Pengarah AKADEMIK UKM. |
Apa tunggu lagi jom masuk UKM! |
27 Mac 2024 |
Pada tanggal 27 Mac 2024, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menghadiri Ekspo Pendidikan Malaysia yang bertempat di Hotel Hallmark, Jordan. Program ini diwakili oleh Prof Madya Dr Jady Hassim, Dekan Fakulti Undang-Undang dan Pengurus Projek UKMi En Mohd Akmal Harith dari UKMShape. Program yang menampilkan sebanyak 10 IPT di seluruh Malaysia dengan kehadiran prospek melebihi 400 orang ini dirasmikan sendiri oleh Duta Besar Malaysia ke Jordan iaitu, TYT Mohamad Nasri Abdul Rahman dan Pengarah Education Malaysia Jordan, Prof Madya Dr Radzuwan Ab Rashid. |
Sebahagian besar prospek yang hadir berminat untuk menyambung pengajian pascasiswazah dalam pelbagai bidang dan UKM semestinya menjadi antara pilihan utama mereka kerana faktor ranking, kualiti pengajaran dan pengurusan, serta lokasinya yang turut strategik. Beberapa alumni yang kini telah berjaya dalam bidang masing-masing turut hadir memeriahkan program tersebut. |
Pada 28-29 Mac akan datang, UKM akan berada di Safat, Kuwait pula bagi mempromosikan program-program akademik yang ditawarkan bagi ambilan 2024. |
3 Februari 2024 |
Program Hari Informasi UKM Ambilan Mac 2024 adalah acara promosi tahunan yang dianjurkan oleh UKMShape untuk pengambilan bulan Mac. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM. Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman juga turut sama-sama hadir ke majlis ini. |
Majlis Perasmian turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran 129 pelajar dari beberapa buah sekolah menengah di sekitar Bangi. Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni- Prof. Madya Dr. Mohd. Suzeren Md Jamil, TNC Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat- Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin dan Pengarah UKMShape- Prof. Datuk Dr. Muhammad Bin Hussin. |
Objektif utama acara ini adalah menyediakan maklumat tentang pendidikan tinggi di UKM kepada prospek yang berminat untuk melanjutkan pengajian tinggi di UKM. Hari Informasi UKM Ambilan Mac 2024 ini terbuka kepada orang ramai, terutama lepasan SPM, STPM, O-Level, A-Level, dan ibu bapa. |
Pelajar dapat berinteraksi dengan ahli akademik dari pelbagai fakulti, mendapatkan maklumat tentang kursus dan prospek kerjaya, sambil menikmati pelbagai promosi termasuk rebat/baucar untuk permohonan segera. Pelajar juga dapat berinteraksi dengan kaunselor pendidikan tentang biasiswa, bantuan kewangan, laluan belajar, kemudahan kampus dan melawat tapak pameran yang menarik dari Fakulti dan Institut di UKM. |
Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir bagi memeriahkan acara ini. Semoga maklumat yang disampaikan akan memberikan impak yang positif kepada semua yang hadir. |
17 Oktober 2024 |
Pada 17 Oktober 2024, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional (UKMShape) telah mengadakan Bengkel Persediaan Penawaran Program di Pusat Pembelajaran Pesisir (PPP), yang melibatkan Kampus Pesisir UKM Indonesia, Pusat Pembelajaran UKM-AMU dan Pusat Pembelajaran Pulau Pinang. |
Bengkel Persediaan Penawaran Program ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Fariza Binti Khalid iaitu merupakan Timbalan Pengarah I (Akademik dan Pengembangan Program) UKMShape. |
Bengkel ini memfokuskan kepada perkara yang menyediakan keperluan dokumen bagi mendapatkan kelulusan di peringkat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Akademik (JPPA) bagi program-program yang telah dipersetujui untuk ditawarkan. Disamping, Menyelaraskan strategi dan pelan tindakan untuk memastikan pengoperasian berjalan lancar dan berkesan. |
Semoga Bengkel Persediaan Penawaran Program ini akan menjadi langkah penting kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus mengukir nama di persada global, terutamanya di Pusat Pembelajaran Pesisir (PPP). |
3 September 2024 |
Sesi taklimat untuk Batch 1 Sijil Profesional Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) telah berjaya dilaksanakan! |
Program Sijil Profesional ini dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Pahang). |
Seramai 26 peserta dari Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) akan memulakan perjalanan mereka dalam program ini selama 3 bulan. Sesi taklimat ini bertujuan untuk memberikan panduan dan maklumat penting mengenai kursus, memastikan setiap peserta siap untuk menghadapi cabaran dan peluang yang bakal ditemui. |
Kami berterima kasih atas kerjasama semua pihak dan berharap program ini akan membekalkan peserta dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk meningkatkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. |
18 Ogos 2024 |
We are thrilled to share that the workshop held on 18th August 2024 (Sunday) on QUANTITATIVE DATA ANALYSIS USING SPSS at UKMShape, Universiti Kebangsaan Malaysia was a huge success! |
Organized by Project 4 (Special Project) UKMShape, the workshop was packed with valuable insights and hands-on practice that empowered participants to elevate their data analysis skills. |
Throughout the day, participants engaged in: 🔍 An introduction to SPSS and essential data entry techniques. |
The enthusiasm and dedication of all 54 participants made this workshop a truly enriching experience. We hope the skills and knowledge gained will serve as a strong foundation for their future research projects. |
A big thank you to everyone who attended and contributed to the success of this workshop. We look forward to seeing you at our future events! |
16 Julai 2024 |
UKMShape bersama Pusat Permata@Pintar Negara UKM telah mengadakan satu bengkel penyelarasan bersama kolaborator bertempat di Ballroom UKMShape. |
Bengkel ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat mengenai proses pengurusan di UKM yang berkaitan dengan program Asasi Pintar. |
Selain itu bengkel ini juga membuka peluang kepada perserta untuk bertukar-tukar pandangan di samping menjalin kerjasama yang baik antara kolaborator, UKMShape dan Pusat Permata@Pintar Negara UKM. |
11 Julai 2024 |
Pada 11 Julai 2024, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional (UKMShape) telah mengadakan mesyuarat bersama Nanning Municipal Government, Guilin University of Electronic Technology (GUET) & International Department of The Chinese Academy of The China Overseas Talent Development Foundation. Delegasi dari China ini diketuai oleh mantan Menteri, Tan Sri Dato’ Sri Liow Tiong Lai. |
Mesyuarat dipengerusikan oleh Naib Canselor UKM, Prof Dato’ Gs Ts. Dr Mohd Ekhwan Hj Toriman. |
Perbincangan mesyuarat ini memfokuskan kepada perkara yang berkaitan dengan potensi kolaborasi penubuhan ASEAN University of Applied Technology di Nanning City, dengan UKM sebagai rakan kongsi, meneroka pelbagai potensi peluang kerjasama akademik dan profesional, termasuklah program pertukaran pelajar dan staf, serta program ijazah bersama. |
Turut hadir bagi pihak UKMShape adalah Prof. Datuk Dr. Muhammad Bin Hussin, Pengarah UKMShape, Encik Jamalul Lail Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah III (Pembangunan Program & Pemasaran) UKMShape dan Encik Muhammad Haniff Bin Rahmat, Ketua Bahagian Pembangunan Perniagaan UKMShape. |
Semoga perbincangan ini akan menjadi langkah penting ke arah memperkukuhkan hubungan pendidikan antara Malaysia dan China, membuka jalan untuk inovasi dan kecemerlangan akademik. |
29 Jun 2024 |
Persidangan Meja Bulat & Maklum Balas Reka Bentuk Program ODL UKM Siri 2: Mengorak Langkah Ke Hadapan. |
Pada 29 JUN 2024, Persidangan Meja Bulat & Maklum Balas Reka Bentuk Program ODL UKM Siri 2 berlangsung dengan jayanya. Acara yang diadakan pada hari Sabtu ini memberi tumpuan kepada pengumpulan input penting berkenaan pelaksanaan dan reka bentuk program ODL UKM, khususnya Program Sarjana Pendidikan dalam Teknologi Pendidikan. |
Persidangan ini dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Fariza Khalid, Timbalan Pengarah 1 (Akademik dan Pembangunan Program) UKMShape, bersama Dr. Hazrati Husnin, Penyelaras Program Sarjana Pendidikan dalam Teknologi Pendidikan. Turut hadir, seramai 10 orang pelajar daripada kohort pertama hingga ketiga program tersebut. |
Inisiatif ini menggambarkan iltizam tinggi ODL UKM dalam mempertingkatkan kualiti program ODL yang ditawarkan. Dengan mengadakan perbincangan dan sesi maklum balas seperti ini, ODL UKM bertekad untuk terus maju ke hadapan dan memastikan objektif program tercapai. ODL UKM akan terus berusaha menjalankan inisiatif-inisiatif berimpak tinggi seperti ini di masa hadapan. |
14 Mei 2024 |
Kursus Pengurusan Rekod dan Fail telah berlangsung pada 14 Mei 2024, bertempat di Pujangga 1, UKMShape. Kursus ini telah disertai oleh warga UKMShape dengan tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan kepakaran dalam pengurusan rekod dan fail. |
Kursus ini dianjurkan oleh Unit Pembangunan Kerjaya, Bahagian Sumber Manusia UKMShape. Penceramah bagi kursus ini adalah Encik Muhammad Amirul Abdul Razak, Penolong Pendaftar Bahagian Pentadbiran & Kemudahan, Jabatan Pendaftar UKM. |
Diharapkan dengan penyertaan dalam kursus ini, kakitangan akan dapat mempraktikkan ilmu yang diperoleh untuk meningkatkan efisiensi dan kualiti pengurusan rekod dan fail di jabatan masing-masing. |
9 Mei 2024 |
Bengkel Strategi dan Pemasaran Fakulti Sains Kesihatan UKM telah diadakan di bangunan UKMShape pada hari ini. Bengkel ini bertujuan untuk membincangkan dan berkongsi pengetahuan dalam stratergi dan pemasaran bagi program-program yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Kesihatan UKM. |
Sesi perkongsian dibuka oleh Ketua Bahagian Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Puan Jureena Noordin. Beliau memberikan gambaran keseluruhan mengenai pentingnya strategi pemasaran yang berkesan bagi pertumbuhan dan kejayaan FSK dan UKMShape. |
Bengkel diteruskan dengan sesi penilaian bahan promosi fakulti bersama Ketua Projek Media Kreatif UKMShape, En Muhammad Shahir Jumat. Peserta bengkel berpeluang untuk meneliti dan menilai keberkesanan bahan promosi yang telah disediakan, serta mendengar pandangan dan cadangan dari En Muhammad Shahir Jumat mengenai cara untuk meningkatkan kualiti dan daya tarikan promosi tersebut. |
Bengkel ini telah disertai oleh warga Fakulti Sains Kesihatan UKM, termasuk dekan fakulti sendiri, Profesor Dr. Suzana Shahar. Bengkel ini telah berlangsung dengan jayanya dan memberikan peluang kepada peserta untuk memperkukuhkan pemahaman mereka dalam bidang pemasaran. |
22 Mac 2024 |
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dengan kerjasama Unit Pelaksanaan Sijil Profesional & Micro-credential, UKMShape telah mengadakan Sesi Kedua Bengkel Pembangunan Bahan Pengajaran & Pembelajaran Micro-Credential pada 21 dan 22 Mac 2024 bertempat di Bilik Aktiv, FKAB. Seramai 7 orang peserta yang terdiri daripada pembangun kursus Micro-Credential telah hadir ke bengkel tersebut. |
Bengkel yang berlangsung selama dua hari itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Prof. Ir. Dr. Shuhaida Harun, Timbalan Dekan (Prasiswazah) FKAB kemudian diikuti dengan ucapan daripada Prof.Ir. Dr. Mohd Syuhaimi Ab Rahman iaitu Dekan FKAB. UKMShape amat menghargai usaha dan komitmen yang diberikan oleh pengurusan tertinggi FKAB yang sanggup meluangkan masa hadir ke bengkel ini untuk memberikan semangat kepada tenaga-tenaga pengajar yang terlibat dalam proses pembangunan bahan Micro-Credential. |
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memastikan tenaga pengajar dapat menguasai kemahiran membangunkan video pengajaran dan pembelajaran, dapat menyiapkan bahan yang perlu di masukkan ke dalam Learning Management System (LMS) seterusnya dapat memuat naik bahan ke LMS. Para peserta juga turut diberikan ruang untuk mengutarakan soalan dan bertukar pendapat ketika bengkel berlangsung. |
UKMShape berharap dengan pelaksanaan Sesi Kedua Bengkel Pembangunan Bahan Pengajaran & Pembelajaran Micro-Credential dapat membantu melancarkan proses Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) untuk menawarkan program berbentuk Micro-Credential tidak lama lagi. |
Selain itu, Unit Pelaksanaan Sijil Profesional & Micro-Credential, UKMShape juga terbuka untuk menerima permintaan dari mana-mana PTj yang memerlukan bantuan dalam proses Pembangunan Bahan Pengajaran & Pembelajaran. |
Hubungi 017-8112270 (Admin) atau studymc@ukm.edu.my untuk pertanyaan lanjut. |
14 Mac 2024 |
Kejayaan mengadakan Bengkel Pembangunan Bahan Pengajaran & Pembelajaran khusus kepada Institut SELFUEL dan Fakulti Kejuruteraan Alam Bina(FKAB) pada 6 Februari 2024 dan 16 Februari 2024 yang lalu diteruskan lagi dengan bengkel yang sama diadakan khusus kepada Institut Informatik Visual (IVI). Bengkel yang diadakan di Bilik Pujangga 1, UKMShape itu berlangsung pada 14 Mac 2024 dengan kehadiran 4 orang peserta yang terdiri daripada pembangun kursus dan penyelaras kursus Micro-Credential. |
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pemahaman dengan lebih jelas tentang keseluruhan proses penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk dibangunkan ke dalam Learning Management System (LMS). Para peserta juga turut diberikan ruang untuk mengutarakan soalan dan bertukar pendapat ketika bengkel berlangsung. |
UKMShape berharap dengan pelaksanaan bengkel ini dapat melancarkan proses Institut Informatik Visual (IVI) untuk menawarkan program berbentuk Micro-Credential kepada pelajar berpotensi pada masa akan datang. Seterusnya, penawaran kursus Micro-Credential dapat direalisasikan. |
Selain itu, Unit Pelaksanaan Sijil Profesional & Micro-Credential, UKMShape juga terbuka untuk menerima permintaan dari mana-mana PTj yang memerlukan bantuan dalam proses Pembangunan Bahan Pengajaran & Pembelajaran. |
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi : 017-8112270 (Admin) atau studymc@ukm.edu.my |
19 April 2024 |
Lawatan Penanda Aras dari Bahagian Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran ASDPD, Universiti Malaya ke UKMShape adalah bagi tujuan mengenai pelaksanaan dan operasi program Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL), Sijil profesional dan Micro-Credential. |
Delegasi dari UM adalah seramai 8 orang yang diketuai Dr. Abdullah Al-Hadi bin Ahmad Fuaad – Pengarah, Bahagian Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran ASDPD UM, bersama Prof. Madya Dr. Nur Azah Hamzaid – Pengarah Bahagian Pembangunan ASDPD UM dan Puan Putri Harlinda binti Ibrahim – Penolong Pendaftar Kanan, ASDPD UM. |
Mesyuarat dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Fariza Binti Khalid, Timbalan Pengarah I (Akademik & Pengembangan Program) dan Puan Nurziyanti Binti Mohamad Khan, Pengurus Projek ODL UKM. Turut hadir Pereka Bentuk Pengajaran ODL, Puan Zulfarina Binti Zulkeple dan Puan Wan Nur Syahira Binti Wan Ali dan Penolong Pendaftar, Puan Ardilla Binti Muhammad Asri. |
Manakala, dari Unit Sijil Profesional & Micro-Credential turut hadir iaitu Puan Nur Anis Syuhada Binti Mohd Shatar – Pengurus Projek, Puan Siti Nurshakinah Binti Khairul Asfamawi – Penolong Pendaftar dan Encik Muhammad Nazmi Nabil Bin Ramli – Penolong Pegawai Tadbir. |
UKMShape berharap dengan lawatan ini dapat memberikan manfaat yang besar dan memberi input positif kepada ASDPD UM bagi membangunkan program Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (ODL), Sijil profesional dan Micro-Credential pada masa akan datang. |
19 Mac 2024 |
UKMShape berbesar hati menerima Lawatan Penanda Aras dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi tujuan perkongsian pengalaman dari segi sistem yang digunakan dan membincangkan mengenai pelaksanaan program Open and Distance Learning (ODL) di UKM. |
Delegasi dari USIM yang dihadiri seramai 24 orang yang diketuai Prof. Madya Dr. Nazefah Abd Hamid – Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Madya Dr. Noor Fadzilah Zulkifli – Timbalan Dekan Akademik & Antarabangsa, Prof. Madya Dr. Suhaila Sanip – Penyelaras Kualiti dan Prof. Ts. Khadijah Chamili – Ketua Bahagian SDEC. |
Mesyuarat dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Fariza Binti Khalid, Timbalan Pengarah I (Akademik & Pengembangan Program) dan Puan Nurziyanti Binti Mohamad Khan, Pengurus Projek ODL UKM. Manakala dari Pereka Bentuk Pengajaran ODL, Puan Zulfarina Binti Zulkeple dan Puan Wan Nur Syahira Binti Wan Ali. Turut serta, Cik Norhidayah Binti Nooridin selaku Pegawai Pemasaran ODL, Encik Muhammad Akmal Hakim Bin Adnan selaku Penolong Pendaftar, Puan Ardilla Muhammad Asri selaku Penolong Pendaftar dan Cik Normazwina Balqis Binti Mokhtar selaku Penolong Pegawai Tadbir ODL. |
UKMShape berharap dengan lawatan ini dapat memberikan manfaat yang besar dan memberi input positif kepada USIM bagi membangunkan program ODL pada masa akan datang. |
22 Februari 2024 |
UKMShape telah menerima Lawatan Penandaarasan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) bagi tujuan perkongsian pengalaman dari segi sistem yang digunakan dan membincangkan mengenai pelaksanaan program Open and Distance Learning (ODL) di UKM. |
Delegasi dari UNISZA terdiri daripada Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Adzim Khalili Bin Rohin selaku Pengarah, Dr. Hanif Bin Md Lateh @ Junid, Timbalan Pengarah (Pemindahan Ilmu), Dr. Aznida Hayati Binti Zakaria @ Mohamad, Timbalan Pengarah (Pendidikan Berterusan) dan Dr. Mispan Bin Mangon, Pensyarah Universiti. Ahli yang turut serta dalam lawatan ini ialah Encik Najmuddin Bin Mohamed Sarawi, Penolong Pendaftar Kanan, Puan Nur Fatin Hanani Binti Imran, Penolong Pendaftar dan Encik Talhah Bin Abdul Rahman, Penolong Pegawai Tadbir Kanan. |
Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Jamalul Lail Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Ill (Pembangunan Program dan Pemasaran), Puan Nurziyanti Binti Mohamad Khan, Pengurus Projek ODL UKM. Manakala dari Pereka Bentuk Pengajaran ODL, Puan Zulfarina Binti Zulkeple dan Puan Wan Nur Syahira Binti Wan Ali. Turut serta, Cik Norhidayah Binti Nooridin selaku Pegawai Pemasaran ODL, Encik Muhammad Akmal Hakim Bin Adnan selaku Penolong Pendaftar dan Cik Normazwina Balqis Binti Mokhtar selaku Penolong Pegawai Tadbir ODL. |
Semoga lawatan ini dapat memberikan manfaat yang besar dan memberi input positif kepada UNISZA bagi membangunkan program ODL pada masa akan datang. |
26 Julai 2024 |
Terima Kasih atas Kejayaan Majlis Perasmian Pusat Pesisir UKM Indonesia. |
Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menjayakan acara pelancaran Pusat Pesisir UKM Indonesia pada hari ini, 8 Ogos 2024, di Pantai Indah Kapuk 2, Jakarta. |
Pusat ini ditubuhkan dengan matlamat utama untuk menyediakan akses pendidikan tinggi berkualiti di Indonesia serta menjadi instrumen penting dalam perkembangan universiti di peringkat global. Penubuhan ini juga merupakan langkah strategik dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa. |
Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana sudi merasmikan Pusat Pesisir ini, sekaligus memberikan sokongan padu kepada inisiatif ini. |
Pembangunan Pusat ini adalah hasil kerjasama erat antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMSHAPE) dan PT Edvan Idegaia Solusindo (PT Edvan), syarikat tempatan di Indonesia yang merupakan Rakan Perniagaan Strategik UKM. |
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan kerjasama kami dari beberapa universiti di Malaysia seperti Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Multimedia University (MMU), Spectrum International University College (SIUC), dan University of Cyberjaya (UoC). Kerjasama ini membolehkan pembangunan program dual dan double yang akan ditawarkan di Pusat Pesisir UKM Indonesia. |
Pusat ini akan menawarkan program di peringkat Siswazah, Microcredential, dan Sijil Profesional dengan pendekatan pembelajaran campuran (hybrid). Kami berterima kasih atas sokongan anda semua dan berharap untuk terus mendapat kerjasama yang erat dalam masa-masa akan datang. Terima kasih. |
26 Julai 2024 |
Pada 26 Julai 2024, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional (UKMShape) telah melancarkan “Jelajah Jom Masuk UKM 2.0 bersama Suria FM” |
Pelancaran Jelajah Jom Masuk UKM 2.0 telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor. |
Hadir sama, menjalankan fungsi Pendaftar, Tuan Hj. Zanudin Mohd Daud dan Timbalan-timbalan Pengarah UKMShape. |
14 Mei 2024 |
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah merasmikan kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Qatar. Kampus yang terletak di Lusail City, Qatar ini bakal membuka pendaftaran pelajar sulung pada Oktober ini bagi sesi akademik 2024/2025. |
Perdana Menteri berkata, semoga apa yang dimulakan oleh UKM Qatar akan membuka laluan yang lebih luas kepada universiti awam Malaysia yang lain untuk mengorak langkah yang serupa dalam menerokai peluang untuk memperluaskan kehadiran di peringkat antarabangsa. |
Sementara itu, Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Gs Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata penubuhan UKM Qatar ini merupakan suatu pencapaian bersejarah bagi UKM yang menjadi universiti awam Malaysia pertama yang membuka cawangan di Qatar. |
Tambah beliau lagi, pembukaan UKM Qatar ini menunjukkan komitmen UKM yang teguh dalam mengantarabangsakan pendidikan tinggi, sejajar dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia untuk meningkatkan kedudukan akademik negara di peringkat global. |
Majlis pelancaran UKM Qatar tersebut turut dihadiri oleh Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan; Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Pendidikan dan Pengajian Tinggi Qatar, PYT Buthaina bint Ali Al Jabr Al Nuaimi; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Abdul Aziz; Pengerusi Lembaga Pengarah UKM Qatar, TYT Sheikh Abdul Rahman Khalifa Abdulaziz Al Thani; Duta Besar Malaysia ke Qatar, TYT Zamshari Shaharan; Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak; Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shafie, Ahli Lembaga Pengarah UKM; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Ghafur dan Pengarah UKMShape, Prof. Datuk Dr. Muhammad Hussin. |
25 April 2024 |
Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melancarkan program PERMATA@Pintar Antarabangsa hari ini di Pusat PERMATA@Pintar Negara. Keberangkatan tiba Raja Muda Selangor telah disambut oleh Naib Canselor, Prof.Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman. |
Program PERMATA@Pintar Antarabangsa merupakan usaha yang bertujuan mengembangkan pendidikan pintar dan berbakat secara komprehensif, dimulai dari pencarian pelajar yang berbakat hingga mencapai tahap pra-universiti secara antarabangsa. |
Pengambilan pelajar untuk program pra-universiti PERMATA@Pintar Antarabangsa dijadualkan pada hujung tahun ini, dengan penerimaan sebanyak 300 orang pelajar. Raja Muda Selangor juga berkenan melawat reruai pameran yang dikendalikan oleh pelajar PERMATA@Pintar dan Pusat Tangungjawab UKM. |
Bersempena dengan lawatan Raja Muda Selangor melalui program Gagasan Rumpun Selangor di daerah Hulu Langat, telah berlangsung pelancaran program PERMATA@Pintar Antarabangsa. Terdahulu, Raja Muda Selangor telah mengunjungi beberapa tempat lain di Daerah Hulu Langat untuk memperkukuh semangat perpaduan nasional dan sistem masyarakat di negeri ini. |
Turut hadir dalam acara ini adalah, Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Rizam Ismail; Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Prof. Dr. Bariah Mohd Ali; Pegawai Daerah Hulu Langat, Dato’ Haji Mohd Jusni Hashim; Orang Besar Daerah Hulu Langat, Dato’ Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya Hulu Langat Dato’ Haji Rosli Othman; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Tuan Nazli Md. Taib dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin. |
Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan Nanjing Forestry University |
4 September 2023 |
Majlis menandatangani Memorandum Perjanjian(MoA) di antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan Nanjing Forestry University telah berlangsung di Bilik Majlis Bangunan Canselori, UKM pada 14 September 2023. Pada majlis tersebut Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman telah hadir mewakili UKM bagi menandatangani perjanjian ini. |
Delegasi Nanjing Forestry University diketuai oleh Prof. Dr. Yong Qiang, Presiden NJFU, Prof. Dr. Yin Tongming, Timbalan Presiden NJFU beserta beberapa pegawai tertinggi NJFU. Delegasi ini juga diiringi oleh Dato’ Prof. Adjung Dr. Tan Yew Chong, Pengerusi NIUFU Consulting Sdn. Bhd. |
MoA ini akan dapat memanfaatkan kelebihan kedua-dua universiti dan memupuk usaha kerjasama dalam aktiviti berkaitan pendidikan dan penyelidikan. |
Kerjasama yang terjalin ini juga akan bakal mewujudkan platform untuk menyebarkan penyelidikan dan amalan terbaik dalam kaedah pendidikan dan pengajaran, memupuk aktiviti penyelidikan bersama yang memberi kesan positif kepada pembangunan sosial dan ekonomi kedua-dua pihak dan negara masing-masing. |
Hadir sama, Prof. Dr. Ir. Mohd Syuhaimi Bin Ab Rahman, Dekan FKAB UKM, Prof. Madya Dr. Mohd Ridzwan Yaakub, Timbalan Dekan (HEJIM) FTSM UKM dan Prof. Madya Dr. Abdul Munir Bin Abd. Murad, Timbalan Dekan (Siswazah) FST UKM. |
Turut hadir bagi pihak UKMShape adalah Encik Jamalul Lail Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah III (Pembangunan Program dan Pemasaran) UKMShape, Encik Ahmad Saiful Ghazi Bin Mohd Lazim, Pegawai Undang-Undang UKMShape, Cik Intan Shafiqa Binti Mohd Suhairi, Pegawai Unit Pembangunan Perniagaan UKMShape dan beberapa pegawai UKMShape. |
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Harbin Institute of Technology, Weihai |
4 Julai 2023 |
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Harbin Institute of Technology, Weihai telah diadakan di Bangunan Canselori UKM. Majlis MoU ini dikendalikan oleh Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape). |
MoU ini ditandatangani oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman dan Pengarah UKM Shape, Prof. Datuk Dr. Muhammad Hussin. Pihak Harbin University diwakili oleh Timbalan Naib Canselor, Prof. Zhang Wencong dan Dekan Pendidikan Berterusan, Encik Feng Yingtao. |
MoU ini diadakan bagi mengukuhkan kerjasama antara dua pihak dari segi komunikasi, penyelidikan bersama, pertukaran fakulti dan pelajar, serta pembangunan program akademik yang inovatif. |
Kerjasama ini juga akan merangkumi pelbagai disiplin, dengan rancangan untuk menggalakkan penyelidikan multidisiplin serta, memupuk pendekatan holistik dalam pendidikan. https://www.facebook.com/UKMSHAPE/ |
10 Ogos 2023 |
Petaling Jaya – Satu sesi pertemuan antara Talentcorp Malaysia Berhad dan ODL UKM telah diadakan pada 8 Ogos 2023 bertempat di Talent Corporation Malaysia Berhad, Mutiara Damansara. |
Sesi pertemuan ini telah dihadiri oleh Kumpulan Penyelidikan, Pembangunan dan Dasar Bakat Profesional Malaysia yang diketuai oleh Puan Hajah Mahuran Saro Dato’ Haji Sariki selaku Naib Presiden. Turut serta Puan Nursyazwani Binti Zulhaimi selaku Pengurus dan Pegawai Penyelidik iaitu Encik Muhammad Naim Bin Shahul Hamid, Puan Diyana Azmi, Puan Nurul Syazwani Bt Yahi dan Mohd Ikhwan Bin Abdullah. |
Manakala, ODL UKM diwakili oleh Prof. Madya Dr. Fariza Binti Khalid selaku Timbalan Pengarah I (Akademik & Pengembangan Program), UKMShape dan Puan Nurziyanti Binti Mohamad Khan, Pengurus Program ODL. Turut serta, Cik Norhidayah Binti Nooridin selaku Pegawai Pemasaran ODL, Puan Wan Nur Syahira Binti Wan Ali, Pereka Bentuk Pengajaran dan Normazwina Balqis Binti Mokhtar selaku Penolong Pegawai Tadbir ODL. |
Melalui pertemuan ini, pihak Talentcorp Malaysia Berhad telah berkongsi maklumat trend pekerjaan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri termasuklah senarai pekerjaan kritikal di Malaysia. Sesi pertemuan diakhiri dengan perkongsian pendapat berkaitan pembangunan program ODL yang bersesuaian dengan keperluan pasaran kerja terkini di Malaysia. xx |
Setinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Talentcorp Malaysia Berhad yang sudi berkongsi maklumat dan insights yang sangat bermanfaat dalam memastikan ODL UKM membangunkan program pengajian yang memenuhi permintaan pasaran Malaysia. Semoga dengan penganjuran sesi pertemuan seperti ini dapat membantu pembangunan program ODL yang bersesuaian dengan kehendak pasaran kerja dan industri pada masa kini sekali gus membantu mengecilkan jurang keperluan tenaga mahir yang diperlukan Malaysia. |
22 September 2023 |
We had the honour of hosting Professor Chen Heng, the Deputy Vice President of Shanghai Normal University, and his esteemed delegates at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). The purpose was to explore exciting possibilities for future collaborations between our two prestigious institutions. |
Professor Dato’ Dr. Roslee Rajikan, the Pro-Vice Chancellor for Strategy & Corporate Development of UKM warmly welcomed our distinguished guests, and the discussions that followed were nothing short of inspiring. Ideas flowed, bridges were built, and potential partnerships were forged. |
To top off this memorable day, Professor Dato’ Dr. Roslee Rajikan graciously led our visitors on a brief tour of the Universiti Kebangsaan Malaysia heritage museum, showcasing our rich history and culture. |
As we bid farewell, we look forward to a future of meaningful collaborations and shared knowledge between our universities. |
29 Ogos 2023 |
Manila’s media delegation embarked on a journey to Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) to discover its top-notch academic programs and foster cross-cultural ties. UKM’s commitment to holistic learning, diverse research centres, and practical skills were highlighted during the visit. Discussions centred around potential collaborations and cultural exchange. |
This visit paves the way for stronger Philippines-Malaysia educational relations, as Manila’s media outlets can showcase UKM’s academic prowess to inspire Filipino students. UKM’s multicultural environment and innovative approach promise a transformative educational experience for any international students planning to pursue a higher degree in Malaysia. |
Stay tuned as we unravel the educational excellence of UKM and the promising impact it holds for both nations! |
24 Julai 2023 |
UKMShape menerima kunjungan daripada Institut Bisnis Dan Teknologi Pelita Indonesia pada 24 Julai 2023 bertempat di Bilik Senat Bangunan Canselori UKM. Delegasi Institut Bisnis Dan Teknologi Pelita Indonesia seramai 65 orang yang hadir diketuai oleh Prof. Dr. Teddy Chandra, wakil Rektor 1 dan Prof. Dr. Priyono, Pengarah Pascasiswazah Sarjana Pengurusan . Manakala UKMShape diwakili oleh Encik Jamalul Lail Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah III (Pembangunan Program dan Pemasaran), Encik Mohd Romaini Khaidir Bin Baharom, Pegawai UKMShape dan beberapa lagi pegawai dari UKMShape. |
Melalui perjumpaan ini, pihak UKM telah berkongsi maklumat mengenai pengajian yang ditawarkan oleh UKM dan juga peluang Kerjasama yang boleh dijalinkan antara UKM dan Institut Bisnis Dan Teknologi Pelita Indonesia. Selain itu perkara lain yang dikongsikan adalah tentang kemudahan dan kelebihan belajar di kampus induk Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Sesi perjumpaan ini juga diisi dengan perkongsian cara penulisan jurnal berimpak tinggi yang disampaikan oleh Dr. Norazuwana Binti Shaari, Pensyarah Institut Sel Fuel UKM. |
Sesi perjumpaan diakhiri dengan sesi soal jawab bagi menerangkan dengan lebih jelas mengenai cara penulisan jurnal dan juga perkongsian maklumat tentang UKM. Semoga perjumpaan ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga Institut Bisnis Dan Teknologi Pelita Indonesia. |
21 Julai 2023 |
UKMShape telah melakukan satu kunjungan hormat ke Jabatan Perangkaan Malaysia pada 21 Julai 2023 bertempat di Pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia Putrajaya. Pada perjumpaan ini pihak UKMShape dan Jabatan Perangkaan Malaysia telah membincangkan mengenai kerjasama Pendidikan yang boleh dijalinkan untuk ditawarkan kepada warga Jabatan Perangkaan Malaysia pada masa akan datang. Diharapkan perjumpaan ini akan dapat menjalinkan hubungan baik antara pihak UKMShape dan juga Jabatan Perangkaan Malaysia. |
6 Julai 2023 |
On 6th of July 2023, Peking University visited Universiti Kebangsaan Malaysia for a discussion on possible networking activities in the area of academic and cultural exchange. Both universities are ranked in the Top 200 universities (based on QS World University Ranking) and will work closely to ensure this relationship will be able to flourish in the future. https://www.facebook.com/UKMSHAPE/ |
2 Mac 2023 |
Lawatan rasmi Gubernur Riau, Indonesia dan perbincangan antara Universiti Kebangsaan Malaysia, Pemerintah Provinsi Riau serta wakil dari Riau Petroleum, Indonesia. |
Gabenor Wilayah Riau di Indonesia, YDH Drs. H. Syamsuar, M. Si, baru-baru ini melawat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mengeratkan hubungan Indonesia dan Malaysia dalam sektor pendidikan. Lawatan yang berlangsung pada 2 Mac 2023 itu bertujuan untuk meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara. |
Dalam lawatannya, Gabenor Syamsuar bertemu dengan Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UKM, YBhg. Prof. Dr. Mohammad Kassim, untuk membincangkan potensi pemberian biasiswa untuk pelajar Indonesia yang ingin mengikuti program prasiswazah dan pascasiswazah di UKM. |
Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kerjasama akademik dan penyelidikan antara kedua-dua negara di samping memberi peluang kepada pelajar Indonesia melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka di Malaysia. |
Turut hadir, Pengarah Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional, Prof Datuk Dr Muhammad Bin Hussin dan disertai oleh delegasi dari Pemerintah Provinsi Riau serta wakil dari Riau Petroleum, Indonesia. |
Lawatan rasmi ini diakhiri dengan sesi ramah mesra bersama pelajar Indonesia UKM / alumni UKM Indonesia di Dewan Sheikh Othman Sarawak, Fakulti Pengajian Islam, UKM. |
16 Januari 2023 |
UKMShape melakukan kunjungan rasmi terhadap Yayasan Sarawak bertempat di Bangunan Yayasan Sarawak, Kuching. |
Lawatan tersebut diketuai oleh Prof. Datuk Dr. Muhammad Hussin, Pengarah UKMShape, Dr Azahan Bin Awang, Timbalan Pengarah II(Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Encik Jamalul Lail Abdul Wahab, Timbalan Pengarah III (Pembangunan Program dan Pemasaran). Turut hadir bersama dalam kunjungan rasmi ini adalah Prof. Dr. Kadarruddin Aiyub, Dekan Fakulti Sains Sosial & Kemanusian dan juga Prof. Dr. Novel Lyndon, Pengerusi Pusat Kajian SEEDS. |
Tujuan kunjungan rasmi ini dilakukan adalah bagi membincangkan mengenai tajaan pelajar dibawah Yayasan Sarawak untuk menyambung pelajaran mereka di UKM. Antara perkara lain yang turut dibincangkan adalah mengenai isu berkaitan kebajikan pelajar di UKM dan kolaborasi yang boleh dijalinkan bagi meningkatkan bilangan pelajar dari Sarawak ke UKM pada masa hadapan. |
Menyambut kunjungan rasmi ini daripada Yayasan Sarawak adalah, Encik Louis Simon, Timbalan Pengarah (Pendidikan), Encik Watson Chunggat Leornard Doo, Ketua Penolong Pengarah(Pembiayaan Pendidikan & Bayaran Balik) dan Encik Zamahari Bin Haji Saidi, Ketua Penolong Pengarah(Biasiswa, Program & Bantuan). |
Bengkel Pembangunan Dokumen Micro-Credential |
13 & 14 Jun 2023 |
Unit Sijil Profesional & Micro Credential UKMShape dengan kerjasama Pusat Pengajaran & Pembangunan Kurikulum (Pengajaran-UKM) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Dokumen Micro-Credential pada 13 dan 14 Jun 2023 bertempat di Bilik Pujangga 2, UKMShape. |
Seramai 17 peserta daripada 8 PTj telah melibatkan diri dalam bengkel yang berlangsung selama dua hari berturut-turut itu. Bengkel ini turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Zulkeflee Mansor, Timbalan Pengarah (Pembangunan Kurikulum), Pengajaran-UKM dan Prof. Madya Dr. Che Aniza Binti Che Wel (Ketua Unit Sijil Profesional & Micro-Credential), Pengajaran-UKM. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk membantu para pensyarah membangunkan dokumen Micro-Credential selain membuka peluang kepada mereka untuk bertanya soalan mengenai pendokumentasian program Micro-Credential. |
Pada penghujung bengkel, Prof. Madya Dr. Fariza yang merupakan Timbalan Pengarah I, UKMShape telah menyampaikan cenderahati kepada wakil Pengajaran-UKM sebagai tanda penghargaan di atas komitmen yang diberikan. Semoga dengan penganjuran bengkel ini dapat membantu menambah bilangan kursus berbentuk Micro-Credential yang boleh ditawarkan oleh PTj di UKM. https://www.facebook.com/UKMSHAPE/ |
Bengkel Perbatuan MC & ODL 2023 |
30 Mei 2023 |
Mesyuarat Ketua Guru Bimbingan Kaunseling Daerah Hulu Langat dan Taklimat Program UKM |
24 Mac 2023 |
Mesyuarat Ketua Guru Bimbingan Kaunseling Daerah Hulu Langat dan Taklimat Program UKM telah diadakan pada 21 Mac 2023 bertempat di Bilik Senat UKM. Mesyuarat ini telah disertai seramai 152 guru. https://www.facebook.com/UKMSHAPE/ |
10 November 2023 |
The QS Higher Ed Summit: Asia Pacific 2023 held from 7th to 9th November, 2023 at the KL Convention Centre was a momentous occasion in the academic world. Hosted by UKM and UKMShape, this event marked a significant chapter in global education. |
The summit was graced by the esteemed presence of HH Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Tunku Besar of Seri Menanti, as a Guest-of-Honour and keynote speaker, who inaugurated this prestige event. The atmosphere was charged with inspiration as our University Vice Chancellor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman delivered a compelling opening remark, setting the tone for collaboration and innovation. |
This conference focused on universities and future employment in this region and with participation from universities worldwide, the event became an engaging discussion with diverse ideas, fresh perspectives and valuable insights. This conference also provided a great networking opportunity for valuable connections. |
Among those present were CEO of QS- Jessica Turner, Senior Vice President of QS- Ben Sowter, CEO of EMGS and concurrently the co-organizer- Mr. Novie Tajuddin, Chairman UKM Board of Directors- Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Vice-Chancellors of UKM, Director of UKMShape and all the top management of UKM. |
5 ogos – 2 September 2023 |
Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional(UKMShape) dengan bekerjasama Suria FM telah mengadakan Program Jelajah Jom Masuk UKM 2023 X Suria Wheels di empat Zon Semenanjung Malaysia bermula 5 Ogos 2023 sehingga 2 September 2023. Pada 3 Ogos 2023, Khamis merupakan hari pelancaran bagi Program Jelajah Jom Masuk UKM X Suria.FM Wheels di sekitar pintu masuk utama dan lobi UKMShape. |
Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman telah melancarkan Program Jelajah Masuk UKM 2023 x Suria.fm Wheels di Foyer UKMShape. Program jelajah ini telah bermula pada 5 Ogos 2023 dan berakhir pada 2 September 2023 melibatkan empat zon di Semenjung Malaysia. Jelajah ini bermula di zon timur, kemudian ke zon selatan, diikuti zon utara dan berakhir di zon tengah. Sepanjang jelajah ini, pasukan Jelajah Masuk UKM 2023 x Suria.fm Wheels telah mempromosi UKM seterusnya mempelawa bakal-bakal pelajar terutamanya mereka yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama, kedua dan ketiga. |
Turut hadir ke majlis pelancaran program ini adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Kassim; Pengarah UKMShape, Prof. Datuk Dr. Muhammad Hussin dan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Prof. Dr. Aini Aman. |
19 Mei – 23 Mei 2023, Jeddah & Riyyadh | Saudi Arabia |
18 Mei – 24 Mei 2023, Jeddah & Riyyadh | Saudi Arabia |
12 Mei – 20 Mei 2023, Jakarta, Padang, Batam | Indonesia |
14 April – 17 April 2023, Kuwait City & Amman | Kuwait & Jordan |
19 Mac – 21 Mac 2023, Kantor Gabernur NTB | Indonesia |
17 Mac – 23 Mac 2023, Dhaka & Chittagong | Bangladesh |
6 Mac – 9 Mac 2023, Tangerang, Bogor, Bandung | Indonesia |
8 Februari – 19 Februari 2023, Schools in Bandar Acheh & Medan | Indonesia |
18 Julai 2023 |
UKMShape telah menerima lawatan penanda aras daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 18 Julai 2023. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan perkongsian pengalaman dan amalan baik pelaksanaan program Online and Distance Learning (ODL) di UKM, termasuk sistem yang digunakan. |
Lawatan daripada UTHM ini melibatkan beberapa pusat tanggungjawab yang diketuai oleh Prof. Dr. Shahruddin Bin Hj. Mahzan @ Mohd Zin, Dekan Pusat Pengajian Siswazah. Ahli yang turut serta dalam lawatan ini ialah ChM Dr. Faridah Binti Abu Bakar, Timbalan Dekan (Akademik dan Penyelidikan), Dr. Mohd Hisyam Bin Abdul Rahim, Timbalan Dekan (Pembangunan Siswazah), Prof. Madya Ts. Dr. Norhadilah Binti Abdul Hamid, Ketua Jabatan (Pembangunan Program Penyelidikan), Prof. Madya Ts. Dr. Danial Bin Md Nor, Ketua Jabatan (Akademik dan Pengurusan Kualiti), Puan Rafizatul Binti Rabu, Penolong Pendaftar Kanan dan Encik Mohd Farid Bin Mohammad Hamin, Penolong Pegawai Tadbir. |
Manakala, Pusat Teknologi Maklumat UTHM diwakili oleh Puan Shahrizad Binti Shahrir, Timbalan Pengarah, Puan Noorulhuda Binti Ahmad Sabri @ Hj Md Sabli, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Encik Shahril Nazim Bin Mohamed Salleh, Pegawai Teknologi Maklumat, Puan Mazrina Hani Binti Mansor, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Encik Akmal Faiz Bin Zakariah, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan. Beberapa ahli daripada Pusat Pembelajaran Maya UTHM juga turut serta dalam lawatan ini yang terdiri daripada Ts. Mohamad Bin Md. Som, Ketua Jabatan Pengurusan Sistem Pembelajaran dan Encik Hemmy Bin Abd Jalal, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan. |
Di pihak UKMShape pula, ODL UKM diwakili oleh Prof. Madya Dr. Fariza Binti Khalid, Timbalan Pengarah I (Akademik & Pengembangan Program), Puan Nurziyanti Binti Mohamad Khan, Pengurus Program ODL dan Puan Zulfarina Binti Zulkeple selaku Pereka Bentuk Pengajaran |
Semoga sesi perkongsian ini dapat memberi input positif kepada UTHM bagi membangunkan program ODL pada masa akan datang. |
Majlis menandatangani MoA dengan The Regional Group bagi kerjasama penawaran program UKM secara persisir (offshore) di Doha, Qatar. |
26 Mac 2022 |
Pada 26 Mac 2022, UKM telah menandatangani MoA dengan The Regional Group bagi kerjasama penawaran program UKM secara persisir (offshore) di Doha, Qatar. The Regional Group diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Sheikh Abdul Rahman Bin Khalifa Bin A.A. Al Thani. |
Melalui perjanjian tersebut, The Regional Group bertanggungjawab menyediakan kemudahan fasiliti dan aktiviti promosi program UKM di Qatar. Selain itu, The Regional Group bersetuju untuk membina kampus cawangan UKM di Doha, Qatar. |
Turut hadir dalam majlis itu Pro Naib Canselor Kampus KL UKM, Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Bin Harunarashid, Pendaftar UKM Dato’ Dr. Syed Kamarudin Bin Sadakkuthulla, Pengarah UKM Shape Prof Datuk Dr Muhammad Bin Hussin dan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Prof Dr Aini Binti Aman. |
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara TEKUN Nasional dengan Universiti Kebangsaan Malaysia |
17 Mac 2022 |
Dengan keterlibatan seramai 13 orang ahli Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Sijil Profesional Perancangan Kewangan adalah medium pembelajaran sepanjang hayat yang akan dipelajari oleh kakitangan TEKUN yang terlibat. |
UKM amat berterima kasih kepada pihak Tekun Nasional yang telah banyak membantu dalam semua aspek, khususnya dalam proses memperkasakan pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan di UKM. |
Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini dapat terus digiatkan dengan lebih aktif dengan program intelektual dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam. |
Lawatan daripada Sekolah Menengah Atas SMA Unggulan Al-Azhar Medan Indonesia |
16 Disember 2022 |
UKMShape telah menerima lawatan daripada Sekolah Menengah Atas SMA Unggulan Al-Azhar Medan Indonesia untuk lawatan sambil belajar antarabangsa serta sesi perkongsian maklumat khususnya berkaitan program UKMi. |
Delegasi seramai 65 orang tersebut diketuai oleh Drs. Hj. Agustono MA, Kepala Sekolah SMA Unggulan Al-Azhar Medan. Turut hadir mewakili UKMShape adalah En. Jamalullail Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Pembangunan Program dan Pemasaran dan Ketua Bahagian Pemasaran, Pn Jureena Noordin. |
Lawatan daripada Harian Metro, New Straits Times dan Media Prima Omnia |
2 Disember 2022 |
UKMShape menerima kunjungan delegasi daripada Harian Metro, New Straits Times dan Media Prima Omnia untuk sesi taklimat berkenaan Anugerah Ikon Sukan Harian Metro 2022 |
Lawatan tersebut diketuai oleh Encik Husain Jahit, Ketua Editor Harian Metro, Encik Manan Smaad, Editor Kanan Berita Sukan dan Hiburan, Encik Noor Azam Ab Aziz, Editor Berita. Juga turut serta, Puan Noor Ameeza Abu Bakar dan Puan Farazira Amira Yusof, Eksekutif Strategi Pemasaran dan Korporat NSTP. Turut bersama Encik Farhan Selim dan Puan Hidayah Tan dari Media Prima Omnia. |
Menyambut kunjungan hormat tersebut daripada UKMShape adalah Prof. Datuk Dr. Muhammad Hussin, Pengarah UKMShape, Encik Jamalul Lail Abdul Wahab, Timbalan Pengarah III, Puan Jureena Noordin, Ketua Bahagian Pemasaran, Puan Syarifah Alawiyah Syed Husain, Ketua Bahagian Kewangan serta wakil-wakil dari UKMShape. |
Melalui sesi tersebut, perbincangan lanjut mengenai UKMShape sebagai rakan strategik dan tajaan bersama bagi Anugerah Ikon Sukan Harian Metro 2022 serta sesi bertukar pandangan dan pendapat dikongsikan berkaitan pemasaran, promosi, kesedaran penjenamaan (brand awareness) melalui media cetak dan digital, serta kolaborasi yang boleh dijalinkan bagi memantapkan penjenamaan UKMShape di seluruh Malaysia serta antarabangsa turut di bincangkan. |
Mesyuarat Penyelarasan Program Pesisir (Offshore) UKM-Qatar |
1 Disember 2022 |
UKMShape telah menganjurkan Mesyuarat Penyelarasan Program Pesisir (Offshore) UKM-Qatar bagi membincangkan penawaran program prasiswazah secara pesisir di Doha, Qatar. Mesyuarat ini diwakili oleh barisan tertinggi pengurusan UKM serta deligasi daripada The Regional Group iaitu rakan kerjasama strategik UKM daripada Qatar. |
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Profesor Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor UKM. Wakil UKM turut dibarisi oleh Prof. Dr. Mohammad Kassim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Prof Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur), Prof. Dr. Norhamidi Muhamad, Pro-Naib Canselor (Penjanaan & Prasarana), Pengarah UKMShape, Pengarah Pusat Jaminan Kualiti serta Dekan FEP, Dekan FTSM, Dekan FST serta wakil-wakil fakulti lain. Wakil The Regional Group diwakili oleh Dr Mohamad Ibrahim, Dr Alaa Hosni dan Encik Mohammad Fuoad. |
10 Disember 2022 | Karnival Jom Heboh Johor Bahru |
9 Disember 2022 | Kuwait |
11 November – 18 November 2022 | Jeddah, Riyadh & Madinah |
7 November – 11 November 2022 | Intercontinental Pondok Indah Jakarta |
29 Oktober – 30 Oktober 2022 | Bandar Seri Begawan |
2 Oktober – 11 Oktober 2022 | Malang & Pekanbaru |
24 September- 25 September 2022 | KLCC |
27 Ogos – 4 September 2022 | Karachi, Islamabad, Peshawar, Lahore |
19 Ogos – 26 Ogos 2022 | Chennai, Kochi, Mumbai, New Delhi |
13 Ogos 2022 | Bandar Seri Begawan |
15 Julai- 25 Julai 2022 | UAE & Egypt |