Sebelum ditubuhkan secara rasmi, Pusat Kembangan Pendidikan (PKP) diletakkan di bawah Biro Rundingan dan Kembangan. Melihat kepada permintaan yang tinggi di kalangan masyarakat dan tuntutan memenuhi keperluan masyarakat berilmu negara, pengurusan PKP akhirnya bersetuju untuk menubuhkan satu lagi pusat yang mampu memanfaatkan kepakaran UKM untuk pembangunan keilmuan dan ketrampilan. Usaha ini telah menaiktaraf Biro Rundingan dan Kembangan menjadi Pusat Kembangan Pendidikan yang ada pada hari ini pada tahun 1999.
Sejarah tercipta sekali lagi apabila tahun 2006, Pusat Kembangan Pendidikan telah digabungkan dengan Pusat Pengajian Berterusan bagi menumpukan khidmat peningkatan status akademik dan daya saing para masyarakat yang sedang bekerja. Kini, PKP masih lagi meneruskan usaha perkembangan akademik bagi masyarakat Malaysia.
Pada 29 September 2021, PKP ditukar nama kepada Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMShape).

Dinaiktaraf daripada Biro Rundingan dan Kembangan menjadi Pusat Kembangan Pendidikan
Pusat Kembangan Pendidikan telah bergabung dengan Pusat Pengajian Berterusan Jarak Jauh

Nama Pusat Kembangan Pendidikan ditukarkan kepada Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMShape)
Menjadi Peneraju dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Terkehadapan dalam penawaran Pembelajaran Sepanjang Hayat yang berkualiti melalui mod pembelajaran yang fleksibel, berinovasi dan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Menyediakan peluang pembelajaran dan latihan kepada masyarakat dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kearah pembangunan modal insan
Menawarkan program-program akademik dan profesional yang berdaya saing dan memenuhi keperluan semasa
Penambahbaikan berterusan kualiti program-program yang ditawarkan melalui UKMSHAPE
Menyediakan perkhidmatan berkualiti dalam memenuhi keperluan pelanggan.