Makluman / Notis Tentang Kebajikan Pelajar
Perkara ini adalah tertakluk kepada Skim Tabung Kebajikan Pelajar (STKP), UKMShape. Skim ini terpakai kepada semua pelajar UKMShape yang berdaftar dibawah program Eksekutif dan Program Berterusan Jarak Jauh (PBJJ) sahaja. Bagi pelajar UKMShape yang berdaftar dibawah program UKM International, sila rujuk SISWA-UKM untuk maklumat lanjut.
Skim ini ditubuhkan untuk menjaga kebajikan pelajar UKMShape yang menghadapi dan mendepani masalah dan musibah. Perkara-perkara yang ditanggung dibawah skim ini adalah sepertimana berikut:
1. | Kematian (Meninggal Dunia) Pelajar |
2. | Kematian Ibu/Bapa/Penjaga Pelajar |
3. | Kematian Anak Pelajar |
4. | Kematian Suami/Isteri Pelajar |
5. | Kematian Adik-Beradik Pelajar |
6. | Akibat Bencana Alam |
7. | Akibat Kecurian |
8. | Akibat Kemalangan |
9. | Rawatan Kes Kronik |
10. | Peralatan Perubatan |
Mana-mana pelajar yang ingin memohon sumbangan daripada STKP, pelajar atau waris perlu mengisi borang permohonan skim yang boleh didapatkan melalui emel unit HESA di hesapkp@ukm.edu.my atau ke kaunter HESA di Aras 1, Bangunan Wawasan, UKMShape.
[PENTING] Setiap borang yang ingin diserahkan perlu disertakan sekali maklumat pelajar dan bukti yang mengesahkan permohonan tersebut adalah benar. Pelajar/Waris juga disarankan untuk menyertakan bersama surat permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada STKP.
Semua maklum balas akan dimaklumkan terus kepada pelajar/waris melalui emel. Sila pastikan akaun emel yang ditulis di dalam borang permohonan adalah aktif.
Jika anda memerlukan sebarang maklumat lanjut, unit HESA boleh dihubungi melalui emel hesapkp@ukm.edu.my