UKMShape

(Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional)

Search
Close this search box.

| Makluman Penting Kewangan

(Semua Tahap)

[05/04/2024] Pemakluman Penutupan Kaunter Kewangan

Pelanggan yang dihormati,

Sebarang urusan berkaitan bayaran di Kaunter Kewangan UKMShape adalah DITUTUP pada tarikh berikut:

12 APRIL 2024 (JUMAAT)

Segala urusan bayaran perlu dilakukan melalui Portal eKewangan UKM di https://ekewangan.ukm.my. Selain daripada urusan berkaitan bayaran, perkhidmatan kaunter kewangan adalah berjalan seperti biasa.

Terima kasih, Bahagian Kewangan, UKMShape
[26/10/2022] Penguatkuasaan Kaunter Bayaran Tanpa Tunai

Kepada semua pelajar UKMShape,

 

Bagi menyahut visi UKM dalam menjadi kampus bebas tunai, bermula 1 November 2022, semua transaksi bayaran di kaunter adalah tanpa tunai. Pembayaran melalui kaunter kewangan hanyalah melalui kad debit/kredit sahaja.

 

Pelajar disarankan membuat bayaran secara atas talian melalui portal e-kewangan; https://ekewangan.ukm.my/signin atau Flywire; ukm.flywire.com (pelajar antarabangsa sahaja).

  Sekian untuk makluman. Terima kasih.
[15/08/2022] Pemakluman Penyelenggaraan Sistem Pembayaran Dalam Talian UKM (UKMPay)

Tuan/Puan,

Untuk makluman, Sistem UKMPay akan mengalami waktu gendala (downtime) yang dijadualkan pada 19 Ogos 2022 dari pukul 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Ini kerana PTM akan menjalankan kerja penambahbaikan kepada pelayan Sistem UKMPay. Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan.

Untuk maklumat lanjut, atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Pasukan Teknikal UKMPay di epayment@ukm.edu.my.

Terima kasih.

[20/05/2022] Lantikan Agensi Kutipan Hutang

Agensi kutipan hutang yang berdaftar di bawah UKMShape [Selanjutnya]

 

[15/03/2022] NOTIS GANGGUAN BAGI PERKHIDMATAN TERMINAL KAD DEBIT/ KAD KREDIT

Pelajar/Pelanggan yang dihargai,

Dukacitanya kami memaklumkan bahawa terdapat masalah teknikal yang menjejaskan sistem pembayaran kad debit/kredit di kaunter kami dan isu ini telah kami laporkan ke pihak teknikal dan masih dalam proses baik pulih. Untuk pembayaran kami mengesyorkan pembayaran tunai atau bayaran secara atas talian, dan untuk makluman untuk pembayaran tunai adalah sebaiknya dilakukan sebelum jam 12 tengah hari. Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan dan kami juga amat menghargai kerjasama dan kesabaran dari pihak tuan/puan.

Sekian, Terima Kasih.

[25/02/2021] Surat Makluman Pengurangan Yuran

Surat Makluman Pengurangan Yuran Pengajian 5% bagi Semester 1 Sesi 2021/2022 Akibat Wabak Covid-19 [Selanjutnya]

[15/09/2021] Pemakluman Pengurangan Yuran KPT

Pemakluman berkenaan pengurangan yuran bagi pelajar Universiti Awam semester 1 sesi 2021/2022 oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi adalah dirujuk.

Untuk makluman para pelajar, pihak Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan Dan Profesional (UKMShape) masih belum menerima sebarang pekeliling/makluman berkenaan pengurangan yuran daripada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebarang pemakluman mengenai pengurangan yuran berkenaan akan dimaklumkan kepada pelajar dari semasa ke semasa (sekiranya berkenaan).

Sekian, harap maklum

[10/09/2021] Notis Gangguan bagi Perkhidmatan Terminal Kad Debit/ Kad Kredit
  1. Harap maklum bahawa sistem terminal kad debit dan kad kredit di kaunter kewangan UKMShape mengalami kerosakan sehingga pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

  2. Bagi urusan melibatkan kaunter kewangan:
    1. Bayaran yuran boleh dibuat melalui kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), ATM BIMB dan Perbankan Internet BIMB.
    2. Urusan semakan status bayaran atau jumlah yuran boleh layari portal ekewangan di https://ekewangan.ukm.my.
    3. Urusan KWSP adalah secara atas talian, https://secure.kwsp.gov.my/thirdparty/login.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Terima Kasih.

[04/05/2021] Penafian Permohonan Kata Laluan bagi Tujuan Mengemaskini Data Pelajar di SMPE UKM 
  1. Kepada: Semua Pelajar Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan Dan Profesional, UKM (UKMShape)

    Dengan segala hormatnya, kami merujuk kepada perkara di atas.

    1. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Universiti telah menerima aduan terdapat individu (scammer) yang telah menggunakan nama “Aimi Halina” (aimihalinaukm@gmail.com) yang memohon kata laluan pelajar bagi mengemaskini data pelajar di SMPE melalui emel.

    2. Pihak Universiti menegaskan bahawa penama tersebut bukan kakitangan Universiti dan merupakan individu yang tidak dikenali.

    3. Oleh itu, jika terdapat mana-mana individu yang memohon kata laluan bagi tujuan di atas, kami memohon agar tidak mendedahkan sebarang butiran peribadi. Sekiranya pelajar telah mendedahkan kata laluan, mohon untuk menukar kata laluan tersebut dengan segera.

    Bagi mendapat kepastian, pelajar boleh berhubung dengan Bahagian Kewangan atau Pegawai Program yang berkenaan.

    Sekian, Harap Maklum

    Pengurusan Pusat Kembangan Pendidikan UKM