UKMShape

(Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional)

| Makluman Penting

Tempahan Penginapan Pelajar Baharu (Kemaskini Terakhir: 15/08/22 )

Permohonan Penginapan (Pelajar Baharu sahaja*)

Permohonan penginapan bagi pelajar baharu boleh dilakukan melalui sistem espeed sahaja iaitu di pautan https://smp.ukm.my/espeed/.

* Pelajar baharu prasiswazah di bawah program UKM International sahaja.
*Selain daripada pelajar prasiswazah seperti maklumat diatas, sila rujuk Pusat Perumahan Pelajar bagi urusan tempahan penginapan dan sebagainya yang berkaitan seperti makluman pada ruangan Penginapan Pelajar.

Unit Penginapan UKMShape

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMShape) ada menyediakan kemudahan penginapan (luar kampus) kepada pelajar UKM yang berhasrat untuk menginap di luar kampus. Berikut adalah maklumat Unit Penginapan UKMShape untuk rujukan dan perhatian saudara/i.

Kampus Unit Penginapan
Kuala LumpurPangsapuri Plaza Rah
Kemudahan
Wifi
Katil & Tilam
Meja & Kerusi Belajar
Almari Pakaian
Mesin Basuh
Peti Ais

Kadar Bayaran

Unit PenginapanCaj Dikenakan
Pangsapuri Plaza RahRM 14.00 / hari
UtilitiRM 20.00 / bulan

Caj akan dimasukkan ke dalam eKewangan pelajar untuk urusan selanjutnya. Kadar yang dikenakan adalah berdasarkan kiraan / bilangan hari menginap.

Kaedah Pembayaran

Kaedah PembayaranMaklumat
KaunterKaunter Bahagian Kewangan
Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional,
Aras 2, Bangunan Wawasan,
Universiti Kebangsaan
Malaysia
Online TransferNo. Akaun : 8002233829
Nama Bank : CIMB Bank Berhad

Saudara/i dinasihatkan untuk menyemak sistem eKewangan sebelum membuat bayaran bagi mengelakkan kesalahan amaun dan proses yang berkaitan. Selesai membuat bayaran, saudara/i diminta untuk menyimpan resit dan melampirkan resit pembayaran tersebut kepada Bahagian Kewangan UKMShape ketika menghantar emel kepada Bahagian Kewangan di alamat emel accpkp@ukm.edu.my untuk urusan pengesahan.

Sekiranya saudara/i berminat untuk menginap di Unit Penginapan UKMShape, Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP, UKMShape) boleh dihubungi di talian 03-8921 3912 atau melalui emel penginapanpkp@ukm.edu.my

Kolej Kediaman UKM

Berikut adalah pautan untuk senarai Kolej Kediaman UKM untuk rujukan pihak saudara/i:

Kampus Bangi

Kolej Dato’ Onn : http://www.ukm.my/kdo
Kolej Aminuddin Baki : http://www.ukm.my/kab
Kolej Ungku Omar : https://www.ukm.my/kuo
Kolej Burhanuddin Helmi : http://www.ukm.my/kbh
Kolej Ibrahim Yaakob : http://www.ukm.my/kiy
Kolej Rahim Kajai : http://www.ukm.my/krk
Kolej Pendeta Za’ba : http://www.ukm.my/kpz
Kolej Keris Mas : http://www.ukm.my/kkm
Kolej Ibu Zain : https://www.ukm.my/kiz
Kolej Tun Hussein Onn : http://www.ukm.my/ktho

Kampus Kuala Lumpur

Kolej Tun Syed Nasir : http://www.ukm.my/ktsn

Kampus Cheras

Kolej Tun Dr. Ismail : http://www.ukm.my/ktdi

Cara untuk memohon penginapan di Kolej Kediaman UKM?

Saudara/i dinasihatkan untuk merujuk perkara di atas kepada Pusat Perumahan Pelajar (PPP) di talian 03-8921 4367 atau melalui emel pghperumahan@ukm.edu.my atau rujuk laman sesawang PPP di pautan ini https://appsmu.ukm.my/kolej/.

Cara untuk memohon penginapan luar kampus UKM?

Saudara/i dinasihatkan untuk merujuk perkara di atas kepada Pusat Perumahan Pelajar (PPP), Bahagian Penginapan Luar Kampus boleh dihubungi di talian 03-8921 5523 atau melalui emel bplk@ukm.edu.my.

 

Kemaskini Terakhir: 14/09/2022