Pelajar perlu mendaftar kursus melalui laman web Sistem Maklumat Pelajar Eksekutif (SMPE: https://smplucee.ukm.my/smpe) dengan merujuk Senarai Penawaran Kursus Semester mengikut program masing-masing. Senarai Penawaran Kursus Semester dan Jadual Kuliah boleh dirujuk di laman web UKMShape.
Pendaftaran kursus boleh dibuat pada minggu pertama dan kedua perkuliahan bagi program prasiswazah manakala minggu pertama hingga ke-empat bagi program siswazah. Sila rujuk tarikh-tarikh penting di laman web UKMShape.
Pelajar perlu membuat permohonan dokumen dan menyemak status permohonan melalui SMPE web. Selepas pengesahan dokumen selesai, pelajar akan menerima makluman melalui e-mel dan dokumen tersebut boleh dimuat turun.
Pelajar perlu melengkapkan borang permohonan pengecualian kursus/pengecualian kredit dan emelkan kepada upprpshape@ukm.edu.my selewat-lewatnya pada minggu pertama semester pengajian dengan melampirkan salinan transkrip dan silibus/proforma. Permohonan hanya dibenarkan sekali sepanjang tempoh pengajian iaitu semester pertama pada tahun pertama pengajian dan kelulusan tertakluk kepada pihak fakulti.
Pelajar boleh membuat permohonan melalui SMPE dengan memuat naik borang tangguh yang lengkap diisi beserta dokumen sokongan yang berkenaan, selewat-lewatnya pada minggu ke-sepuluh semester semasa bagi program prasiswazah, manakala minggu ke-empat bagi program siswazah dan tertakluk kepada kelulusan fakulti.
Tiada tindakan diperlukan oleh pelajar memandangkan semua maklumat kursus di SMPE dianggap betul dan gred akan diberikan mengikut kursus yang telah didaftarkan. Caj denda sebanyak RM50 akan dikenakan dan boleh disemak melalui portal e-Kewangan pelajar.
Pelajar boleh emel kepada upprpshape@ukm.edu.my dan perlu lampirkan salinan kad pengenalan untuk proses kemaskini maklumat. Namun, sekiranya status pelajar telah disahkan tamat pengajian oleh Senat Universiti, pertukaran maklumat peribadi pelajar adalah TIDAK DIBENARKAN.
Menarik diri dari pengajian adalah bermaksud pelajar hendak berhenti belajar dari meneruskan pengajian manakala menarik diri kursus adalah menarik diri dari mengikuti kursus yang telah didaftarkan pada minggu tambah kursus. Sila rujuk Peraturan-Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Sarjana Muda) 2024, manakala untuk Pascasiswazah iaitu Peraturan UKM (Pengajian Siswazah) 2021.