UKMShape

(Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional)

Maklumat Penting: Permohonan Pinjaman Pendidikan PTPTN Bagi Pelajar UKMi

Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di bawah program Sarjana Muda Sepenuh Masa (UKMi) yang ingin memohon Pinjaman Pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hendaklah membuat permohonan melalui aplikasi atau portal rasmimyPTPTN  menggunakan Kod IPT yang bersesuaian mengikut kampus pengajian seperti berikut:
Kod 03 Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Bangi
Kod 03E Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Bangi (Separuh Masa / PJJ Sahaja)
Kod 03F Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur / Cheras
⚠️ PERHATIAN:

Pelajar UKMi TIDAK BOLEH memilih KOD IPT 03E (UKMShape) bagi permohonan PTPTN untuk program Sarjana Muda Sepenuh Masa.

Bagi membantu proses permohonan, UKMShape menyediakan Surat Sokongan Pengesahan Status Pelajar sebagai dokumen sokongan yang perlu dimuat naik bersama-sama Surat Tawaran UKM pada ruangan Surat Tawaran dalam myPTPTN. Kedua-dua dokumen hendaklah digabungkan dalam satu (1) fail PDF sebelum dimuat naik.

Surat sokongan tersebut hanya berfungsi sebagai dokumen sokongan permohonan dan tidak menjamin kelulusan pembiayaan. Sebarang keputusan dan kelulusan permohonan adalah tertakluk sepenuhnya kepada pihak PTPTN.

KADAR PEMBIAYAAN PTPTN

Untuk makluman, kadar pembiayaan PTPTN bagi pelajar UKMi adalah berdasarkan kadar pembiayaan pelajar arus perdana (UPU) yang ditetapkan oleh pihak PTPTN dan bukannya berdasarkan jumlah yuran sebenar program pengajian yang dikenakan oleh UKMShape saluran ambilan terus.

Jadual/Tarikh Permohonan PTPTN

⚠️ PERINGATAN PENTING:

Sila pastikan anda membuat permohonan kursus/program di bawah KOD IPT dan KOD KURSUS yang betul sebelum menghantar permohonan di aplikasi myPTPTN. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan wang pinjaman tidak dapat dikreditkan ke dalam akaun pelajar.

Tarikh Permohonan Pinjaman PTPTN (Tahunan)

Permohonan pinjaman PTPTN dibuka secara berkala mengikut semester pengajian pada setiap tahun. Sila rancang dan hantar permohonan anda mengikut tarikh kelompok di bawah:

  1. Program Eksekutif, PJJ dan Sepenuh Masa (UKMi)

Semester 1
KelompokMula PermohonanTutup Permohonan
Kelompok 11 September30 September
Kelompok 21 Oktober31 Oktober

Semester 2
KelompokMula PermohonanTutup Permohonan
Kelompok 11 Mac28 Februari
Kelompok 21 April31 Mac

  1. Program Open & Distance Learning (ODL)

Semester 1
KelompokMula PermohonanTutup Permohonan
Kelompok 11 Ogos31 Ogos
Kelompok 21 September30 September

Semester 2
KelompokMula PermohonanTutup Permohonan
Kelompok 11 Disember31 Disember
Kelompok 21 Januari31 Januari

Semester 3
KelompokMula PermohonanTutup Permohonan
Kelompok 11 April30 April
Kelompok 21 Mei31 Mei

Tatacara Permohonan

Program yang Diluluskan

Kod IPT Tahap Pengajian Program Yang Diluluskan
03 Prasiswazah UKMi Rujuk PDF Prasiswazah (UKMi)
03F Prasiswazah UKMi (FPER/FGG/FFAR/FSK)
03E Prasiswazah UKMi (Perubatan UNPAD)
03E Prasiswazah (FlexEd) Rujuk PDF Prasiswazah (FlexEd)
Pascasiswazah (FlexEd) Rujuk PDF Pascasiswazah (FlexEd)
03E Program Open & Distance Learning (ODL) Rujuk PDF Program ODL
⚠️ NOTA:Senarai di atas merupakan program yang telah berdaftar di PTPTN bagi program/kursus di bawah ambilan UKMShape. Sebarang kesalahan Kod IPT atau Kod Kursus adalah di bawah tanggungjawab pelajar sepenuhnya.

Hubungi

Unit Pembiayaan Pendidikan UKMShape