23 Ogos 2024
Perlawanan persahabatan antara pasukan bola sepak UKMShape dan UMCCed telah berlangsung dengan penuh semangat di Padang Arena Sukan Azman Hashim UKM.
Perlawanan ini diadakan dengan tujuan untuk menggalakkan aktiviti sihat serta merapatkan silaturahim antara kakitangan UKMShape dan UMCCed.
Setelah perlawanan yang sengit, UKMShape muncul sebagai pemenang dengan keputusan 4 – 3 menentang UMCCed. Tahniah kepada kedua-dua pasukan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan perlawanan ini!
https://www.facebook.com/UKMSHAPE/