| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, |
Untuk makluman Prof/Prof Madya/ Dr/ Tuan/ Puan, capaian ke laman web UKMShape & StudyUKM pada masa ini mungkin mengalami gangguan secara berkala (on-off) berikutan proses migrasi ke tapak web baharu oleh pihak DigitalUKM yang sedang dilaksanakan. |
Proses migrasi dan penstabilan laman web ini dijangka mengambil masa sehingga satu bulan untuk diselesaikan. Sepanjang tempoh tersebut, pengguna mungkin mengalami gangguan atau kesukaran untuk mengakses laman web UKMShape & StudyUKM. |
Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama semua pihak sepanjang proses migrasi ini berlangsung. |
| Sekian, untuk makluman. Terima kasih. |