UKMShape

(Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional)

2. Ibu bapa atau waris seseorang pelajar yang menghadapi masalah kesihatan kritikal semasa peperiksaan akhir boleh memohon bagi pihak pelajar berkenaan dengan menyertakan perakuan daripada Pegawai Perubatan Universiti atau Hospital Kerajaan kepada Fakulti berkenaan dalam tempoh yang munasabah;

3. Jika permohonan diluluskan, pelajar akan diberi status “Tangguh Peperiksaan (TP)” bagi kursus tersebut.

1. Penangguhan peperiksaan akhir boleh diadakan dalam keadaan seperti berikut:

(a) Pelajar boleh memohon penangguhan peperiksaan akhir bagi sesuatu kursus dan hendaklah dibuat sebelum peperiksaan dijalankan dengan mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Dekan Fakulti dengan menyertakan dokumen/ surat berkaitan;
(b) Pelajar yang mengalami masalah kesihatan atau bencana alam sewaktu peperiksaan akhir semester hendaklah memohon kepada Dekan Fakulti berkenaan untuk menangguhkan peperiksaan. Permohonan tersebut hendaklah dibuat sebelum peperiksaan diadakan atau dalam tempoh 48 jam selepas peperiksaan diadakan;
(c) Permohonan berkaitan masalah kesihatan mestilah disertakan surat pengesahan Pegawai Perubatan Universiti atau Hospital Kerajaan. Permohonan berkaitan masalah bencana alam hendaklah disertakan pengesahan daripada pihak Polis atau Ketua Kampung atau Pihak Berkuasa Tempatan;
(d) Berlaku kematian ahli keluarga terdekat kepada pelajar dan permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil kematian yang sah;
(e) Permohonan pelajar untuk menangguhkan peperiksaan selepas tempoh adalah tertakluk kepada kelulusan Fakulti;

Tidak. Pelajar perlu menyelesaikan tunggakan yuran terlebih dahulu untuk menyemak keputusan peperiksaan semester semasa.

Maklumat berkenaan konvokesyen akan dihebahkan sebulan sebelum Majlis Konvokesyen. Pelajar boleh mendapatkan maklumat konvokesyen melalui capaianhttps://www.ukm.my/konvo/

Pelajar boleh membuat permohonan dalamSMPE
 dalam tempoh empat (4) minggu selepas keputusan peperiksaan rasmi diumumkan atau dua (2) minggu bagi program secara ODL. Sebarang rayuan yang diterima selepas tempoh ini tidak akan dipertimbangkan. Keputusan yang dibuat oleh Fakulti dan telah diluluskan oleh Senat adalah muktamad serta sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Graduan perlu memohon di iSkrol

Pelajar perlu melengkapkanBorang Permohonan Skrol Gantian
dan emelkan kepada uppshape@ukm.edu.my. Pembayaran perlu dibuat selepas borang telah dilengkapkan dan disahkan oleh UPP.