Seminar Undang-undang Kemanusiaan dan Pendidikan Palang Merah

UUKA 3FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN, UKM, 17 OKTOBER-Seramai 24 orang mahasiswa/wi daripada Kolej Rahim Kajai telah melibatkan diri dalam Seminar Undang-undang Kemanusiaan dan Pendidikan Palang Merah yang dianjurkan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia. Pelbagai ilmu yang telah dikongsi oleh En.Murughan selaku penceramah semasa seminar berlangsung mengenai Bulan Sabit Merah Malaysia. Antara isi kandungan sepanjang ceramah berlangsung adalah tentang sejarah penubuhan Palang Merah / Bulan Sabit Merah, prinsip-prinsip asas Palang Merah / Bulan Sabit Merah dan sejarah penubuhan Bulan Sabit Merah di Malaysia.

UUKA 1

UUKA 2UUKA

___________________________________________________________________

18/10/15 :Ummi Uswa Amira Binti Ngujir (Komandan BSMM Detachment 88F Kolej Rahim Kajai)