KOLEJ RAHIM KAJAI

 "Perpaduan Asas Keharmonian"

Bengkel Kemahiran ICT : Canva & Photoshop

6 November : Seramai 52 orang peserta yang terdiri daripada ahli biro ICT dan Penerbitan dan Exco Multimedia daripada seluruh biro Kolej Rahim Kajai telah menyertai Bengkel Kemahiran Asas ICT : Canva & Photoshop secara atas talian anjuran Biro ICT dan Penerbitan KRK.
Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan asas kepada seluruh ahli jawatankuasa multimedia biro berkenaan platform Canva dan Adobe Photoshop sebagai medium suntingan segala gerak kerja media.

Taklimat Canva telah disampaikan oleh Saudara Amirul Haqim, Ketua Eksekutif KRK manakala taklimat Adobe Photoshop oleh saudara Shafiq Shauari, Pengerusi Biro ICT dan Penerbitan. Bengkelberlangsung selama 2 jam dan tamat pada jam 11 malam.