KOLEJ RAHIM KAJAI

 "Perpaduan Asas Keharmonian"

Talk With KajaiTV : Pencemaran Plastik Bukan Kaleng-kaleng!

15 Februari : Talk with KajaiTV siri ketiga yang dibawakan oleh saudara Mohd Iyad Akma menceritakan mengenai kesan dan langkah menangani pencemaran plastik. Malaysia merupakan salah satu negara yang tertinggi dalam penggunaan plastik per kapita. Dianggarkan setiap tahun, setiap rakyat Malaysia menggunakan 16.8 kilogram plastik. Selain itu, Malaysia juga turut menghasilkan 0.94 juta tan sisa plastik dimana 0.14 hingga 0.37 tan telah disalurkan ke dalam laut.
Angka pencemaran plastik yang dihasilkan oleh Malaysia cukup mengerikan iaitu ianya meningkat sebanyak 100.75 peratus berbanding tahun lalu. Kesan daripada pencemaran plastik itu dapat mengancam hidupan laut. Sebagai contoh, di Kota Kinabalu, Sabah seekor paus ditemui mati setelah memakan bahan yang diperbuat daripada plastik seberat 4.25 kilogram yang dianggap makanannya. Selain itu, ia juga merosakkan pemandangan sekeliling dan boleh menjatuhkan imej negara terutamanya pada pelancong dari luar negara.
Plastik merupakan bahan yang paling sukar dan paling lama untuk mereput dengan mengambil masa sekitar 200-1000 tahun. Usaha bagi menangani pencemaran plastik adalah dengan mengamalkan konsep 5R iaitu REUSE, REDUCE, RECYCLE, REPAIR dan REJECT.