KOLEJ RAHIM KAJAI

 "Perpaduan Asas Keharmonian"

UNIVERSITI : TITIK MULA MAHASISWA BERINTEGRITI

28 Mei : Isu integriti adalah isu yang terbesar kerana ia yang akan mempengaruhi sesuatu individu dan masyarakat. Sekiranya semua orang berintegriti, maka sudah pasti segala urusan akan menjadi mudah dan tepat.

Siri webinar ‘Universiti : Titik Mula Mahasiswa Berintegriti’ merupakan sebuah program webinar bermatlamatkan untuk meningkatkan dan mewujudkan kesedaran integriti dalam kalangan mahasiswa anjuran Biro Integrasi dan Perpaduan Kaum KRK.

Panel jemputan dalam program ini adalah En Anuar Ahmad yang merupakan pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan UKM yang juga merangkap Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar UKM. Beliau turut memetik kata-kata Warren Buffet, “In looking for people to hire, look for three qualities. The first one is, integrity, intelligent and energy. If they don’t have the first one, the other two will kill you.”