KOLEJ RAHIM KAJAI

 "Perpaduan Asas Keharmonian"

Literasi Kewangan 3.0 : Simpan vs Labur : Masa Depan Kita

18 Januari : SImpan vs Labur : Masa Depan Kita adalah siri webinar Kolej Rahim Kajai anjuran Biro Integrasi Perpaduan dan Kaum. Webinar ini merupakan siri literasi kewangan yang lalu dengan tujuan membina masyarakat dan mahasiswa yang celik kewangan. Perancangan kewangan yang tepat daripada sekarang akan mempengaruhi masa hadapan seseorang.

Berbeza dengan siri webinar literasi kewangan 1.0 yang lalu, fokus kali ini adalah untuk membincangkan cara yang terbaik dalam membina perancangan kewangan masa hadapan sama ada dengan hanya menyimpan atau menyimpan dan melabur. Panel yang dibawa pada kali ini adalah En Eza, seorang yang sangat berpengalaman dalam dunia pelaburan.

Siri ini disiarkan menerusi Facebook rasmi Kolej Rahim Kajai semalam dan mendapat sambutan yang sangat baik daripada peserta UKM dan luar.