KOLEJ RAHIM KAJAI

 "Perpaduan Asas Keharmonian"

Ceramah Maulidur Rasul 1442H

29 Oktober : Ceramah Maulidur Rasul Kolej Rahim Kajai pada 29 Oktober 2020 telah menampilkan Dai’ Imran, iaitu pemenang tempat kedua program realiti keagamaan iaitu Dai’ Nusantara musim ke-6 sebagai penceramah jemputan khas dengan tema “Rasulullah Uswatun Hasanah”. Ceramah dijalankan secara siaran langsung menerusi Facebook Kolej Rahim Kajai pada 8:45 malam dengan dikelolakan oleh Saudara Amirul Haqim, Ketua Eksekutif Kolej Rahim Kajai sebagai moderator.

Inisiatif ceramah ini dilaksakan adalah sebagai satu usaha kecil daripada pihak kolej dalam menyemarakkan lagi hari yang teramat mulia ini dan menyuburkan lagi rasa kasih dan cinta terhadap baginda Nabi SAW meskipun semua warga berada di kediaman masing-masing akibat terkesan dengan situasi Covid19 yang melanda negara sejak awal Mei lalu.