KOLEJ RAHIM KAJAI

 "Perpaduan Asas Keharmonian"

Ihya’ Ramadan : Ceramah Nuzul Quran

30 April : Bersempena dengan peristiwa Nuzul Quran pada 17 Ramadan, biro Kerohanian dan Moral telah mengadakan Ceramah Khas Nuzul Quran yang disampaikan oleh saudara Matin Muzzamil, yang merupakan vokalis kumpulan Zayne dan alumni Kolej Rahim Kajai (2019/2020).

Nuzul Quran adalah peristiwa penurunan Al-Quran dari Luh Mahfuz kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui malaikat Jibril A.S. Peristiwa ini merupakan peristiwa teragung dan bersejarah buat umat Islam dimana peristiwa ini menyaksikan ayat pertama yang diturunkan iaitu menerusi ayat yang pertama daripada Surah Al-Alaq.

Pada pengakhiran ceramah, beliau menitipkan sedikit pesanan kepada penonton agar memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Namun Al-Quran bukan sekadar dibaca malah ia perlu difahami dengan cara mentadabbur supaya ianya memberikan kesan kepada pembacanya.