KOLEJ RAHIM KAJAI

 "Perpaduan Asas Keharmonian"

Ada Pada Kajai? : 1 Jam Bersama Rifdy Khairy

21 November : Ada Apa dengan Kajai siri pertama ini menampilkan salah seorang warga Kolej Rahim Kajai iaitu saudara Rifdy Khairy. Beliau telah dinobatkan sebagai Johan dalam Pertandingan Bintang Baharu Irama Malaysia UKM 2020 anjuran Pusat Kebudayaan UKM.

Program ini adalah salah satu inisiatif pihak kolej untuk menampilkan bakat-bakat pelajar Kolej Rahim Kajai dalam pelbagai bidang yang diceburi sebagai satu penghargaan kepada para pelajar ini atas sumbangan yang dilakukan selain daripada memberikan inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk terus mengorak langkah dalam apa jua bidang yang diceburi.

Program wawancara ini berlangsung menerusi Facebook rasmi Kolej Rahim Kajai selama satu jam di studio Kolej Rahim Kajai.