KOLEJ RAHIM KAJAI

 "Perpaduan Asas Keharmonian"

Ihya’ Ramadan : Tadarus Online

Bersempena dengan Ramadan Al-Mubarak yang menjelang, pelbagai aktiviti kerohanian yang dilaksanakan di kolej antaranya adalah solat sunat tarawih, Iftar Jamaie, Tadarus Online dan Majlis Khatam Al-Quran.

Seramai 71 orang penyertaan yang terdiri daripada warga kolej dan warga UKM termasuk pelajar dan staf telah menyertai Tadarus Online yang dijalankan secara atas talian pada setiap hari sepanjang bulan Ramadan. Ini adalah salah satu inisiatif yang dijalankan oleh biro Kerohanian dan Moral bagi menggalakkan lebih ramai mahasiswa melibatkan diri serta memanfaatkan masa yang ada dengan beribadat. Meskipun terpaksa dijalankan secara atas talian, namun ia bukanlah satu alasan yang menjadi penghalang untuk mahasiswa terus aktif mengejar ganjaran pahala yang diberikan oleh Allah SWT pada bulan yang mulia ini.

Program tadarus ini berakhir dengan Majlis Khatam Al-Quran yang disiarkan secara siaran langsung pada Sabtu lepas menerusi laman Facebook rasmi Kolej Rahim Kajai. Peserta khatam Al-Quran seramai 10 orang terdiri daripada para peserta tadarus yang menginap di kolej dan di kediaman masing-masing. Majlis khatam ini diketuai oleh saudara Matin Muzzamil.