KOLEJ RAHIM KAJAI

 "Perpaduan Asas Keharmonian"

Temubual Eksklusif bersama Pengetua Kolej Rahim Kajai

8 April : Wawancara eksklusif ini dibawakan khas oleh Kolej Rahim Kajai bagi memperkenalkan Pengetua baharu kepada warga kolej iaitu Yang Berusaha, Prof. Madya Dr. Razaleigh Muhamat @ Kawangit yang menggantikan tempat Dr. Badrulzaman Abd Hamid.

Wawacancara ini disiarkan secara siaran langsung melalui laman Facebook rasmi Kolej Rahim Kajai dengan Saudara Azfar sebagai moderator. Antara harapan dan seruan Tuan Pengetua dalam wawancaranya ini adalah agar semua warga dapat mengembalikan semula semangat untuk menaikkan nama kolej ke arah yang lebih tinggi dan cemerlang. Beliau juga turut menyatakan sokongan penuh dan padu terhadap segala aktiviti-aktiviti pelajar yang akan diadakan di kolej walau apa jua bidang dengan syarat perlu mempunyai nilai-nilai yang baik dalam setiap yang dilakukan kerana nilai inilah yang membezakan antara seseorang dengan seseorang, bahkan juga yang akan membezakan aktiviti pelajar antara kolej.

Beliau juga turut mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan selamat datang kepada seluruh warga Kolej Rahim Kajai yang akan pulang semula ke kolej pada fasa 2 akan datang, terutamanya buat pelajar-pelajar baharu Tahun 1 yang buat julung kalinya melaporkan diri disini.