KOLEJ RAHIM KAJAI

 "Perpaduan Asas Keharmonian"

Pengetua

Prof. Madya Dr. Razaleigh bin Muhamat @ Kawangit, merupakan Pengetua Kolej Rahim Kajai, UKM berasal dari Kelang, Selangor. Beliau dilahirkan pada 13 November 1971. Beliau memulakan pelajaran pada peringkat matrikulasi di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Nilam Puri, Kelantan dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dan meneruskan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Falsafah.

Beliau seterusnya menyambung pelajaran pada peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Usuluddin dan Falsafah dan menamatkan pelajaran pada peringkat Doktor Falsafah di Universiti Wales, UK dalam bidang Pengajian Islam. Bidang kepakaran beliau dalam pembangunan dakwah.